Menjadikan ketam sebagai hidangan bukanlah asing lagi walaupun hakikatnya ketam adalah salah satu hidangan yang dikategorikan hidangan mewah bagi golongan yang berpendapatan rendah. Pelbagai jenis ketam yang boleh dimakan tetapi Ketam Bunga sering menjadi pilihan atau Blue Swimmer Crabs / Sea Crabs iaitu nama saintifiknya ialah Portunus Pelagicus. Mungkin juga kerana ia mudah didapati dipasaran walaupun agak mahal.
Teringat zaman kanak-kanak selalunya kalau ada ketam mak akan rebus putih sahaja tanpa campuran apa-apa pun sangat sedap rasanya. Tetapi resipi kali ni Ida masak Ketam Bunga masak kari. Sangat sedap dengan kuahnya yang sedikit pekat sangat menyelerakan. Nak cuba keenakkannya marilah cuba sendiri ketam yang dimasak kari.
Bahan-bahan diperlukan:
5 ekor ketam, dibersihkan4 sudu makan rempah kari ikan dijadikan pes
1 kotak santan pekat
1 sudu makan cili kisar
2 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Serbuk perasa
Air asam jawa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
2 biji bawang besar1 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara menyediakan dan memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari ikan dan gaul rata. Kemudian masukkan cili kisasr. Gaul sekejap dan terus masukkan pes rempah kari. Gaul sebati sehingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul sekejap selepas itu masukkan air. Agak-agaklah banyak mana kuahnya. Tak perlu banyak sangat jika nak kuah yang pekat.
4. Selepas itu masukkan lagi daun kari, air asam jawa dan santan. Gaul lagi seketika.
5. Setelah agak mendidih, masukkan ketam. Setelah ketam sudah bertukar warna kepada merah kepekatan tandanya sudah masak. Biarkan kuahnya sedikit memekat barulah matikan api, angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba .... 👍👍
#edakitchen
0 Comments