Tomyam ni orang bilang bukan tomyam kalau tak masam.  Betul tak?  ha dah terliur jadinya.  Kena dengan kuah yang pekat dan ada pedas masam.  Memang tak boleh tidur selagi tak makan tomyam.

Kisah nak makan tomyam, merata kedai mencari pes tomyam tak jumpa-jumpa.  Sebab dah menjadi kebiasaan asal tomyam nak cari pes tomyam.  Otak dah serabut, fikir balik benda ada di rumah, ok almost semua bahan ada kecuali tiada pes tomyam.  Apa yang ada dalam kepala sekarang nak fikir tomyam tanpa pes.  Cili giling dan limau kasturi ada banyak di rumah.  Ok lets cooking macam mana cara masak tomyam tanpa pes.  Sempat grab 2 ketul tomyam kiub, tu je yang ada.

Bahan Lauk:

1 mangkuk kecil isi ayam dipotong kiub
1 mangkuk kecil udang dibuang kepala dan kulit
1 mangkuk kecil sotong dibuang kepala dan kulit

Bahan Sayur:

1 mangkuk kecil kacag buncis dipotong-potong
1 mangkuk kecil bunga kobis
1 mangkuk kecil brokoli 
1 mangkuk kecil lobak dihiris
1 mangkuk kecil jagung muda (baby corn)
1 biji tomato besar dipotong 6


Bahan lain:

1 sudu makan minyak
2 batang serai dititik
2 biji bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 inci / seketul halia ditumbuk
2 kiub tomyam
3 sudu makan cili giling
3 helai daun limau 
3 biji limau kasturi perah dan ambil jusnya
Garam secukupnya
Air secukupnya


Cara-Cara Memasaknya:

1.  Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau wangi dan sedikit garing.

2.  Masukkan cili giling, gaul sehingga naik minyak.  Kemudian masukkan serai dan daun limau.  Sambil digaul, masukkan sedikit air.

3.  Selepas itu, masukkan ayam dan juga sayur keras iaitu lobak merah, jagung muda, kacang buncis dan kiub tomyam.  Gaul sambil masukkan air ikut suka banyak mana nak kuah. 

4.  Selepas lebih kurang 5 minit masukkan sotong dan udang.  Setelah mendidih, masukkan perahan limau kasturi. Perasakan dengan garam.

5.  Masukkan bunga kobis dan brokoli.  Agak-agak empuk, masukkan tomato.  Untuk dapat rasa tomyam sebenar seimbangkan rasa masam, pedas dan sedikit manis.

6.  Siap untuk dihidang

Selamat mencuba