Masih fikir nak masak apa untuk sahur atau hidangan nak berbuka nanti ....apa kata buat ayam butter ni.

😋..
Hidangan ni sebenarnya favourite anak2...terutamanya c fad dan anum. Confirm bertambah2 nasi durg buat.
Bahan2 dan cara menyediakan pun mudah.
  • Dada /bahagian isi ayam...campur yg ada tulang sikit2 tak apa
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung beras
  • Garam
....tepung tu, kalau nak lebih mudah terus guna tepung readymix seperti jenama Bestari, Aroma, kentucky etc...saya pula lebih suka yg plain (tak ada rasa sebab kuah butter sudah cukup rasa)
Bahan sos:
  • 3 ulas bawang putih (Cincang)
  • 3 sudu makan butter
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 labu bawang holland (potong kiub)
  • 1 sudu makan cili giling (jika nak letak)
  • 1/2 tin Susu cair
  • 1/2 @ 1 ketul kiub ayam
  • Sedikit air
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu minyak masak
Cara-cara:

1. Gaul ayam dengan garam dan sedikit serbuk kunyit....perap sekejap

2. Bancuh tepung tadi

3. Celup ayam dan goreng sampai rangup.
Ketepikan..

Cara buat sos....

1. Panaskan 1 sudu makan minyak masak

2. Masukkan bawang putih, bawang holland, daun kari dan cili giling tumis sampai wangi,

3. Masukkkan air dan kiub ayam. Gaul hingga kiub larut.

4. Masukkan butter-biar cair.

5. Masukkan susu cair dan serbuk kunyit.

6. Last sekali,tutup api..dan masukkan ayam goreng.. kacau rata sampai mesra dan harmoni
😉.
- Kepekatan kuah butter tu, terpulang korang nak pekat mana.
- Boleh letak cili flakes (saya tak letak sebab anak2 tak suka)
- Cili giling tu saya buat sendiri daripada cili kering gemuk yang tak pedas dan campur sedikit sahaja dengan cili kering yg pedas. Jadi rasanya "just nice" tak pedas sangat dan juga tak tawar ...anak2 boleh makan.