Salam perkenalan saya hulurkan kepada semua yang sudi bertandang ke blog ini. Firstly, saya perkenalkan diri dululah....saya lebih dikenali dengan panggilan Ida oleh sesiapa sahaja yang mengenali Saya. Oleh kerana Ida bergelar surirumah sepenuh masa maka Ida gelarkan blog ini sebagai "mom life stories" yang mana di dalamnya memuatkan pelbagai cerita perjalanan hidup Ida, aktiviti, resepi-resepi atau menu harian ida di rumah dan macam-macam lagi. Sebenarnya blog ini sudah lama dan juga sudah beberapa kali di upgrade hehehe....... Dan jika ada pembaca di blog ini yang meminati hobi mengumpul syiling lama dan stamp bolehlah singgah di Blog yang di "manage" suami saya " Borneo Coin Collector " untuk cerita-cerita menarik.
Ida berhasrat untuk memperbaiki lagi persembahan di dalam blog ini dari masa ke semasa.
Buat suami tersayang (Ash Rizal) terima kasih atas sokongan dan kasih sayang yang telah diberikan untuk Ida dan anak-anak. Buat anak-anakku iaitu Ash Fadlin, Ash Fahrin, Ash Fawzana dan Ash Farhana, blog ini diabadikan untuk tatapan dan rujukan kalian kelak.
0 Comments