Ni kali pertama saya buat kuih yang namanya “Cek Mek Molek”, memang molek dan sedap kerana bahan utamanya ialah ubi keledek manis. Mengikut sumber, kuih ni terkenal di negeri Kelantan. Entahlah kerana saya berasal dari Sabah. Apa yang pasti kuih ni sangat sedap. Jom layan resipinya.
Resipi Cek Mek Molek

Bahan-bahan nya:
1kg Ubi keledek
2 cawan tepung gandum (agak2 tak melekat ditangan)
2 sb Marjerin (tak nak masuk pun takpe)
sedikit gula untuk inti



Cara-cara membuat:

1. Rebus ubi hingga empuk. Dah empuk, toskan air. Then, kupas kulit dan lenyekkan ubi.

2. Masukkan marjerin.

3. Masukkan tepung gandum. Masukkan tepung dan uli sampai doh tak melekat dekat tangan dan loyang.

4. Cubit sikit doh, gentel dan leperkan untuk letak gula...letak gula sedikit jer tau dan sebab kalau banyak takut ia terbocor pula masa menggoreng. Dah letak gula, bentukkan supaya jadi bujur.
 
5. Goreng dengan api sederhana.

Siap untuk dimakan.

Pst- Ubi keledek ni selain guna untuk buat kuih Cek mek molek boleh juga buat kuih cucur badak dan cara buat pun tak susah, lagi satu kalau nak tengok video cara buat Kuih Cek Mek Molek ni step by step boleh klik disini: vLog cara buat kuih cek mek molek.