Daging Masak Kari Tanpa Santan Sedap Dan Lembut
Kari Daging

Memang sudah menjadi kebiasaan kalau saya masak kari selalunya saya tak letak santan.  Tak kiralah nak masak kari ikan, kari ayam atau kari daging.  Nak kurangkan makanan yang berlemaklah katakan lagipun masakan bersantan cepat basi kalau simpan bermalam.

Tips untuk masak daging yang lembut saya akan reneh sehingga sejam ke 2 jam. Maksudnya jika nak masak daging, tak bolehlah rushing, kena plan awal supaya dapat masak awal. Satu lagi cara jika nak daging tu lembut, lepas masak tak kiralah masak kari ke masak kurma atau rendang, boleh frozenkan sekurang-kurangnya 1 hari kemudian panaskan balik atau renehkan balik. Tapi jika nak frozenkan saya sarankan jangan bubuh kentang, bila  nak makan barulah panaskan tambah kentang renehlah sehingga kentang empuk, kari daging yang dipanaskan lepas frozen akan jadi lembut macam kari dalam tin.

Daging Masak Kari Tanpa Santan Sedap Dan Lembut
Kari Daging

Sejak kebelakangan ni kecoh jugak Daging import yang tak halal yang katanya diekploitasi oleh Kartel yang selama ini dah 40 tahun mengawal import daging ke Malaysia, tak sangka sampai macam tu sekali orang buat sebab duit sebab nak untung. So Masak kalini berpusing jugak nak cari kat mana boleh dapat daging yang sembelih tempatan je. Alhamdulillah jumpa jugak, oklah apa lagi jom masak Daging Kari.

vLog Cara masak kari daging step by step (tips enable subtitle)
(Pst, kawan-kawan support & subcribe YouTube Channel Ida ye, banyak lagi resepi Ida akan share)

Bahan bahan:
  • ½ kg daging
  • 4 sudu besar rempah kari dibancuh menjadi pes
  • 3 biji ubi kentang dipotong kiub besar
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 keping asam keping 
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Gula
  • Air
  • Minyak

Bahan tumbuk/kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah besar 
  • 1 ketul halia 
Bahan-bahan Daging Masak Kari Tanpa Santan Sedap Dan Lembut
Bahan-Bahan Kari Daging

Rempah 4 sekawan : 
  • 1 kayu manis 
  • 3 bunga cengkih 
  • 3 bunga lawang
  • 3 buah pelaga




Cara Memasaknya:

1.  Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan serta bahan yang telah dikisar sehingga naik wangi.

2.  Masukkan serai dan pes rempah kari.  Gaul dan tambahkan air sedikit supaya tak kering dan hangus pula bahagian dasar kuali.  Tumis sehingga naik minyak.

3.  Selepas itu, masukkan daging.  Gaul seketika supaya daging dan rempah kari tergaul sekata.  Kemudian tambahkan 1 cawan air (250 ml) dan gaul lagi.  Sesudah itu renehkan seketika dengan menutupnya.  Selepas lebih kurang 20 minit, lihat daging jika airnya kurang tambah lagi dan sambung reneh lagi.  Saya reneh lebih kurang hampir 1 jam.  Tujuan mereneh dengan menutupnya adalah supaya daging tu nanti lembut.  So tak perlulah pakai petua seperti sudu besi.  

4.  Selepas 2 kali tambah air dan reneh, barulah saya masukkan kentang, daun kari, asam keping, garam, gula dan ajinomoto .  Gaul seketika dan sambung reneh lagi sehingga kentang empuk/lembut.

5.  Sebelum matikan api, rasa terlebih dahulu jika perlu tambah garam atau bahan perasa lain.  Siap untuk dihidang.

Daging Masak Kari Tanpa Santan Sedap Dan Lembut
Kari Daging

Kari Daging ni sedap buat cicah kalau makan Roti Jala.

Selamat mencuba

#edakitchen #karidaging