DONAT
Kenapa kuih Donat yang menjadi first entri Ida? Popular ke tak popular? Secara ringkasnya "Donut is my favourite kids". Jadi, boleh dikatakan 2 atau 3 hari sekali mesti ada donat....buat kuih lain, anak-anak akan tanya “tak adakah kuih bulat?” Lebih kurang Ida ni main tepunglah hari-hari. Tanpa buangkan masa, sini Ida ada kongsikan sedikit tentang sejarah Donat....oleh kerana kami adalah peminat donat katakan:-)
Sejarahnya
Tahukah anda, Donut ini telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi. Sehinggakan ahli arkeologi pernah menemukan fosil yang menyerupai kelihatan seperti donut di kawasan penempatan prasejarah Amerika asli.
Donut atau dalam nama Belanda “olykoeks” iaitu "kek berminyak." dipercayai telah dibawa oleh pendatang Belanda ke Manhatten (yang dikenali sebagai New Amsterdam).
Sekitar tahun 1847, Elizibeth Gregory, ibu kapten kapal kargo rempah New England, membuat doh yang menggunakan buah pala, kulit kayu manis dan kulit lemon dan digoreng dengan minyak yang banyak dan dalam.
Dia membuat kek digoreng untuk anak kapal Hansen dan krew supaya mereka boleh menyimpan pastri yang lama bahkan ia baik untuk menahan daripada terkena selsema semasa dalam pelayaran. Puan Gregory meletakkan kacang hazel atau walnut di pusat, di mana doh dan memanggilnya donut. Jadi perkataan "Donut" berasal daripada "doh" dan "nut".
0 Comments