Waffle with strawberry jem, Nutella spread and Peanut butter spread, waffle homemade recipe, cara membuat waffle, rangup, waffle mudah, street food, resepi waffle, resep waffle
Waffle with strawberry jem, Nutella spread and Peanut butter spread

Di sini saya nak kongsikan resepi waffle yang rangup diluar dan lembut di dalam, malah ringan dan gebu.  Resepi ini sudah menjadi kegemaran anak-anak dan suami.  Sejak beli waffle maker ni selalu je buat waffle dengan resepi yang berbeza. Namun untuk resepi ni saya telah olah sedikit seakan-akan resepi waffle yang banyak dijual kiosk dan juga gerai.  

Waffle with strawberry jem, Nutella spread and Peanut butter spread, waffle homemade recipe, cara membuat waffle, rangup, waffle mudah, street food, resepi waffle, resep waffle
Waffle Homemade 

Ada yang pernah bertanya kepada saya, katanya waffle ni memang tak manis ye?  Ok saya jawab macam ni, sebenarnya dalam pembuatan waffle ni memang tak perlu manis atau menggunakan gula yang lebih kerana biasanya waffle akan disapu dengan inti yang sudah manis seperti madu, coklat, kaya, jem strawberry dan seumpamanya.  Ini fakta....kadang-kadang saya dan anak-anak makan tanpa inti tau sebab walaupun ianya kurang gula tidak bermakna ianya tidak manis, waffle ada rasa manis sedikit, lemak daripada susu dan rangup daripada tepung jagung yang membuatkannya ringan, gebu dan sedap dimakan. 


Bahan-Bahan:

🧇  2 cawan tepung gandum
🧇  2 sudu makan tepung jagung
🧇  2 sudu tea serbuk penaik (baking powder)
🧇  1½ cawan susu segar
🧇  ½ cawan minyak
🧇  2 sudu makan gula
🧇  2 biji telur B
🧇  1 sudu tea peanut butter creamy @ 1 sudu tea vanilla


vLog Cara-Cara Membuat Waffle Mudah

Cadangan inti: Coklat spread, Nutella coklat spread, butter, kaya, peanut butter spread, jem.

Cara Penyediaan:

1. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik. Gaul sekata. Nak ayak pun boleh.

2. Dalam jug atau bekas lain, campurkan susu segar, minyak dan gula. 

3. Pecahkan 2 biji telur dengan mengasingkan putih dan kuningnya.      
    i)  Putih telur masukkan dalam mangkuk bersih dan kering.
   ii)  Kuningnya masukkan terus ke dalam jug/ bekas yang berisi susu tadi. Kemudian tambah dengan 1 sudu teh peanut butter creamy atau esen vanilla.  Gaul lagi sehingga sekata.

4. Masukkan campuran susu ke dalam bahan no 1 iaitu campuran tepung. Gaul sebati.

5. Putih telur tadi dipukul kuat/laju sehingga kembang gebu dan berbuih. Sesudah kembang, masukkan ke dalam adunan no 4. Gaul sebati lagi.

6. Panaskan waffle maker, selepas itu letakkan adunan ke dalam acuan lebih kurang 3/4 cawan. Masak selama lebih kurang 4 ke 5 minit atau sehingga masak keperangan.

7. Hidang bersama chocolate spread, peanut butter, Nutella, jem atau apa-apa sahaja yang sesuai.

Waffle with strawberry jem, Nutella spread and Peanut butter spread, waffle homemade recipe, cara membuat waffle, rangup, waffle mudah, street food, resepi waffle, resep waffle
Waffle Homemade with Jem Strawberry, Coklat spread dan Peanut Butter
Note:  

1. Peanut butter creamy tu saya beli dari kedai yang menjual peralatan dan bahan kek.  Memang waffle akan sangat wangi macam di kiosk yang menjual waffle tu.  Jika tiada boleh je ganti dengan 1 sudu teh esen vanilla.

2.  Jika tiada susu segar boleh gunakan 1 ½ cawan air biasa dan tambah dengan 2 sudu makan susu serbuk/tepung.  Biasanya saya gunakan susu fernleaf family....itu yang sentiasa ada kat rumah 😊.  Tidak digalakkan menggunakan susu cair kerana ianya hanya akan membuat waffle anda menjadi bantat.  

3.  Minyak tu gunakan saja minyak masak yang ada kat dapur tu...tak ada masalah.

Dah siap, boleh lah makan dengan anak-anak tapi kalau buat air cincau gula merah untuk minum sekali mesti lagi umph.

Selamat mencuba.

#edakitchen  #wafflehomemaderecipe