Ayam Masak Sos Lada Hitam | Black Pepper
Ayam Masak Sos Lada Hitam

Ayam Masak Lada Hitam sedap dan mudah

Bahan-Bahan

  • 400 gram ayam - potong kecil
  • 3 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu teh lada hitam biji - tumbuk halus
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 5 tangkai cili api - campur merah dan hijau
  • 1/2 inci halia - mayang halus
  • 2 siung bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 2 sudu besar minyak
  • Gula dan garam secukupnya
  • Air secukupnya


Cara Membuat Ayam Masak Lada Hitam

1.  Campurkan kicap, sos lada hitam, gula, dan garam.  Selepas itu gaul sekata dan lumur ke ayam.  Perap selama lebih kurang 10 minit.

2.  Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang merah, bayang putih dan halia sehingga wangi.

3.  Masukkan ayam dan terus gaul sekata.  Tambah air jika perlu.  Boleh juga tambah sos lada hitam jika rasanya kurang sebab Ida tak letak lebih sebab Ida akan gunakan lagi serbuk.  
 
4.  Akhir sekali, apabila sudah nak masak ayam tu, boleh campur lagi dengan cili api.  Biar rasa pedas-pedas sikit. 

Selamat mencuba

Ayam Masak Sos Lada Hitam | Black Pepper
Ayam Masak Sos Lada Hitam