Sebenarnya ni salah satu makanan kegemaran Ida sekeluarga.  Selalu buat tapi tak pernah share lagi kat sini.  Pasta macaroni biasanya Ida guna jenama Kimball murah sikit atau kekadang guna San Remo tapi mahal sikitlah. Tapi hari ni lain sikit Ida guna jenama Balducci.  First time guna ni jenama ni, nak try je sebab ia bersaiz agak kecil.  Tapi lepas rebus saiz hampir lebih kurang sama je dengan Kimball.  Still ada garis-garis halus, nampak cute pulak.  Dari yang Ida baca, garis-garis halus tu tujuannya sepaya bahan-bahan lain seperti mayo senang lekat.  Entah betul atau tak, but still nice.  So jom tengok resepinya yang sangat simple dan sedap.

Bahan-bahannya:

  • 250 gm macaroni elbow
  • 6 sudu mayonis ladys choice - boleh kurangkan atau tambah
  • 6 sudu makan susu pekat - boleh kurangkan atau tambah
  • 6 sudu makan susu cair - boleh kurangkan atau tambah
  • 1 biji epal merah
  • 1 biji epal hijau
  • Sedikit buah kismis
  • Sedikit garam

Buat Ini Dahulu:

1. Cuci makaroni terlebih dahulu . Supaya bila direbus ia tak melekat dek ada banyak kanji kot. Sebab bila cuci air cucian berwarna putih susu tau macam kanji.

2. Kemudian barulah masukkan ke dalam periuk untuk direbus. Pastikan air rebusan mendidih terlebih dahulu barulah masukkan makaroninya. Biarkan je sehingga lembut, tapi sekali sekala kena tengok dan gaul supaya tidak hangus. Pastikan juga air rebusan mencukupi. Jika rasanya kurang air boleh tambah air.

3. Apabila sudah masak, toskan dan letak ketepi.

...cut time... sementara menunggu makaroni masak boleh buat kerja potong memotong iaitu potong dadu buah epal merah dan hijau. Rendam buah sekejap dengan air garam sedikit untuk menggelakkan buah menjadi lebam setelah dipotong.

Cara Penyediaannya:

1. Letakkan makaroni didalam bekas. Campurkan kesemua bahan iaitu buah epal merah dan hijau, kismis, mayonise, susu pekat dan susu cair serta sedikit garam. Gaul kesemuanya sehingga sebati dan rata. Jangan lupa untuk merasanya, sama ada perlu tambah bahan seperti garam.

2. Selepas itu, boleh bahagi-bahagikan kebekas kecil atau biarkan ja didalam bekas besar tu untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk. Sedap jika disejukkan di dalam peti sejuk 3 ke 4 jam sebelum dihidangkan. Boleh je hidangkan terus tapi kurang enaklah. 


Selamat mencuba 👍👍