Siapa yang tidak kenal dengan buah ini? 


STRAWBERRIES atau kita panggil STRAWBERI atau nama saintifiknya (Fragaria x ananassa) merupakan sejenis buah dari keluarga Rosaceae yang bagi saya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ini kerana tanaman ini telah popular di negara kita di mana ianya di tanam d Cameroon Highland secara komersal untuk kunjungan pelancong di kawasan tanah tinggi tersebut. Kalau kita pergi masuk ke kawasan penanaman strawberi di Cameroon Highland, ia memang amat menyeronokan kerana kita dapat tengok, pegang, ambil gambar, petik malahan merasa buah yang kita beli dari ladang tersebut.

Buah strawberry mempunyai aroma dan rasa yang khas, buah ini sering digunakan sebagai perasa tambahan dalam makanan dan minuman. Rasa buah strawberry masam dan manis (terkadang rasa masamnya jauh lebih menyengat), jadi memang sangat bertuahlah jika mendapatkan rasa strawberry yang benar-benar manis.


strawberry



Pokok strawberi merupakan pokok renek(herbaceous plant) yang hanya mencapai ketinggian 15 - 20 cm dan kanopi pokok cuma 20 - 40 cm lebar. Pokok ini merupakan jenis Hermaprodite dimana terdapat bunga jantan dan bunga betina yang akan melakukan pendebungaan sendiri. Bagaimana pun bantuan serangga seperti lebah madu akan membantu dalam proses pendebungaan. Tanaman strawberi boleh tumbuh dalam pelbagai jenis iklim tetapi perlukan suhu sejuk untuk memecahkan peringkat 'dormancy'. Suhu tinggi yang lelebihi 30 celsius boleh merosakan kualiti buah strawberi. Pokok ini juga tahan didalam keadaan salji (frost) dibawah -15 hingga -20 celcius dimana ianya jadi dormant. Penanaman di dalam struktur pelindung kini menjadi satu alternatif tanaman strawberi. Kaedah penanaman boleh dijalankan secara terbuka di kebun atau didalam rumah greenhouse. Kaedah sistem fertigasi tanaman strawberi semakin popolar di negara tropika seperti Malaysia.