Salam hari ni, eda nak share cara-cara nak buat mee kuning di rumah. Sebelum tu nak kongsi sedikit kenapa eda bersungguh-sungguh nak belajar buat mee kuning ni. En. husband kena transfer ke semenanjung 2 tahun lalu, rupanya di semenanjung tiada jual mee kuning kering seperti di Sabah, yang ada cuma mee kuning basah...itu pun dapat info dari kawan. Pada mulanya pening juga kepada ni mencari, setiap kali ke pasaraya mesti cari. Eda ni sebenarnya tidak berapa suka dengan mee basah kerana ada sedikit bau yang kurang menyenangkan hidung eda....so belajar jualah buat mee kuning ni sejak tu, tapi resepinya baru nak share hari ni.

Kepada yang berminat bolehlah try kat rumah....banyak kelebihannya tau, kebersihan terjamin, boleh buat lebih, yang paling penting jimat khasnya buat surirumah. Cuma...penat sikitlah, takpe janji puas hati.


Cara-cara buat mee kuning homemade

Bahan-bahan :

4cawan tepung gandum
1cawan air (anggaran boleh kurang/lebih)
1biji telur....tak letak telur pun boleh
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-caranya :

1. Sedikit air untuk larutkan garam dan pewarna dikacau sebati.


2. Pecahkan telur ke dalam tepung...kalau tak guna telur terus masukkan tepung ke larutan air tadi.

3. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh keras/separuh kering.

4. Selepas itu, ikuti caranya step by step seperti gambar dibawah :


Cara-cara buat mee kuning homemade

1. Doh mee kuning.
2. Untuk memudahkan bulatkan menjadi beberapa bahagian kecil.
3. Bentukkan memanjang.
4. Leperkan doh dengan menggunakan tangan.
5. Gelek menggunakan mesin no 1 dahulu iaitu bahagian yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing.
6. Buat hingga selesai.
7. Gelek pula no.5 / no.6.
8. Sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain.
9 & 10. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mee, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi kerinting.
11. Gelek sampai habis semua kepingan doh tadi.
12. Celurkan mee ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang 3-4minit.
13. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir.
14. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak....bila sejuk bolehlah simpan dalam peti sejuk boleh simpan seminggu.


~ Selamat mencuba~