Assalamuallaikum dan salam sejahtera.                     "Roti Jala" panggilan bagi orang Malaya @ Semenanjung...manakala di sebelah Borneo khasnya Sabah dan Labuan mengelarnya dengan "Renjis".  Sarawak kurang pasti panggil apa.  Ia memang sedap dan biasanya di hidangkan bersama ayam masak kari @ Ayam masak merah. Roti Jala memang sedap dan menjadi makanan kegemaran masyarakat kita. Hidangan ini juga sering menjadi hidangan di hari raya atau kenduri.

Bab bila nak buat Roti Jala ni memang seronok sebab anak-anak suka makan.  Selain daripada kuah kari anak-anak juga suka cicah @ makan bersama susu pekat @ mayonise. 


kesedapan roti jala juga bergantung pada kelembutan dan kesedapan kuah yang mengiringinya.



Resepi untuk Roti Jala ialah :

Bahan-bahannya :

3 cawan tepung gandum
3 cawan air/ susu/ santan (saya gunakan air dicampur santan)
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning
Sedikit mentega/minyak untuk disapu di kuali

Cara Penyediaan

1. Satukan semua bahan diatas dan kacau rata kemudian masukan ke dalam mesin blender dan kisar halus sehingga sebati.
......kalau adunan berketul-ketul, hendaklah ditapis.....tapi biasanya jika menggunakan blender, memang dah tak perlu tapis.

2.   Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum cuba masukan sesenduk ke dalam acuan. kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh dijala menggunakan kuali non stick.

3. Masukan sedikit minyak/mentega dalam kuali kemudian kiari adunan roti jala tadi dengan menggunakan acuan ke dalam kuali yang dah panas. selepas tu bentuk seperti jala.

4. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum cuba masukan sesenduk ke dalam acuan. kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh dijala menggunakan kuali non stick.

5. Bila Roti Jala masih pekat tambahkan air lagi sehingga boleh dijala. kemudian lepas jala di atas kuali dan biarkan sekejap dan bila dah masak tak perlu dibalik terus diangkat dan di gulung @ dilipat.
 Bila dah masak angkat dan masukkan dalam pinggan.
......ulangi semua langkah-langkah di atas sehingga adunan habis dan bila dah siap boleh hidangkan.

Selamat mencuba.......!!!!