Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apam Polkadot adalah antara kuih yang menjadi rebutan anak-anakku.  Nak membuatnya pun sangat mudah.  Resepi asal apam polkadot ni eda rujuk daripada blog dapurmamasya.  Tetapi resepi ni eda telah ubahsuai supaya resepi ini sesuai dimakan oleh golongan yang berpantang pengambilan banyak gula seperti golongan diabetes, anak hyperaktif.

Tapi biarpun ada pengubahsuaian, rasa dia tetap masih power.  Rugi jika tak cuba buat.


Menghasilkan lebih kurang 40 biji 
Saiz acuan : 4 cm

Bahan-bahan untuk Apam Polkadot ialah:

2 cawan tepung gandum
3 sudu teh serbuk penaik
3 biji telur c 
1/2 cawan gula 
1 sudu makan ovallete 
1 cawan susu segar 
1 sudu teh esen vanila 
pewarna yg disukai

Filling - Jem strawberry/Bluberry/ Coklat - (utk mudah masukkan inti jem ke dlm piping beg @ plastik dan gunting sedikit hujung/bucu plastik tu) 

Cara penyediaannya :

1.Panaskan pengukus.

2. Pukul telur, gula, esen vanila dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih. 

3. Masukkan susu segar, gaul sebati 

4. Masukkan tepung yang telah dicampur terlebih dahulu dengan serbuk penaik, gaul lagi sehingga betul-betul sebati.

5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai. Isikan adunan kedlm beg plastik/ piping beg utk memudahkan mengisi ke dalam acuan. Letakkan alas mangkuk kertas di dalam acuan (boleh guna acuan tat). 

6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit filling,dan masukan lagi adunan keatas filling tadi sampai penuh. Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti

7. Kukus selama 5 -10 minit dengan api sederhana.(balut tutup kukusan, supaya air tak menitis ke atas apam tadi.

Tips tambahan untuk buat apam polkadot yang comel.


1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). So cara untuk keraskan filling ialah panaskan 1 sudu besar butter/marjerin. Selepas tu, masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Kemudian, masukkn jenis filling/jem yang nak digunakan. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem.


2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang/ruan angin.


3.  Kalau ada dot-dot yg terbesar...tersenget jadinya,jgn risau ambil toothpickbaiki dot-dot tersebut dgn menggunakan toothpick tersebut dgn buat keliling dot-dot tersebut mengikut saiz yg diperlukan, lebihan warna itu dikacau dgn warna asas adunan dlm acuan tersebut.


4.  Kukus apam dengan api sederhana. Kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah.


5.  Balut penutup kukusan dengan kain/lagi cantik ialah kain lampin budak...pastikan kain yang baru yer..... untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus.


6.  Selepas siap kukus dan agak2 apam sudah sejuk simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutannya.


Ok selamat mencuba 😊