Assalamualaikum dan salam sejahtera......Seperti biasa, setiap menu yang saya sediakan adalah bersesuaian atau telah saya sesuaikan dengan mereka yang menghidap diabetes (kencing manis).  Jadi jangan risau kerana ia kurang manis.


Bahan Pastri/shell :

500 gm tepung gandum
250 gm mentega
80 gm gula
1 biji telur

caranya :

1.  Putar mentega, gula dan telur hingga kembang. 

2.  Mix campuran no 1 di atas ke dalam tepung gandum dan adun supaya menjadi doh yang sebati. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart dan lebihan adunan yang terkeluar melebihi bekas acuan tart dibuang dengan diratakan menggunakan belakang pisau. 


3.  Bakar selama 15 minit, dengan 180 dajah calcius.  Kepanasan atas bawah.


*Untuk dapatkan kulit tart yang rangup, ida lebih suka menyimpan doh di dalam fridge sekurang-kurangnya 4-6 jam. Seelok-eloknya simpan semalaman. Doh yang telah disimpan semalaman dalam fridge lebih wangi dan lebih rangup bila siap dibakar.

Untuk inti Telur :

4 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1 cawan susu cair

1 cawan air
1 sudu teh esen vanila


caranya


1.  Campurkan semua bahan di atas (telur sebelum dicampurkan pukul ia dahulu dengan garfu). Masak di atas api yang kecil dan apabila pekat bolehlah diangkat dan dbiarkan sejuk.

2.  Masukkan inti telur ke dalam kulit tart dan bakar ia selama 20 minit dengan suhu 180C (mengikut jenis oven) dan inti telur ketika dikeluarkan dari oven kelihatan masih cair tetapi akan beku apabila mulai sejuk.


3.   Tadaaa siap....selamat mencuba



....untuk shell/kulit tart telur, tunggu sehingga ianya sejuk sepenuhnya barulah disimpan di dalam bekas kedap udara.