Kek pisang kurang manis semudah ABC.  Sangat teruja mencubanya setelah banyak pengubahsuaian terutamanya bab gula tu.  emmmm sangat mudah dan bagi yang suka kurang manis ha ni lah resepinya. Bagi yang ada kencing manis tu mungkin boleh cuba untuk puaskan hati bila terasa nak makan kek pisang.

Bahan A (Lenyek/tekan dengan belakang gelas lagi mudah)

·         6 biji pisang 

Bahan B (Campurkan)

·         400 gm tepung gandum
·         1 sudu kecil soda bikarbonat
·         2 sudu kecil baking powder


Bahan C (Blender)

·         100 gm gula kastor/kasar
·         3 biji telur gred A/B
·         1 cawan minyak masak (sawit)/ jagung)
·         1/2 sudu kecil garam
·         2 sudu kecil esen vanila


Cara Penyediaan:

1. Alaskan acuan kek dengan kertas minyak, dan panaskan oven sehingga suhu 180 darjah

2. Bahan A siap.

3. Bahan B campurkan dengan cara ayak supaya campurannya rata.

4. Bahan C, Blender dulu gula dan telur hingga kembang / 5 minit. Kemudian campurkan minyak, garam dan esen vanila. Blender hingga rata.

5. Campurkan bahan A,B dan C....gaul sedikit atau hingga rata dan sebati....tips masukkanlah tepung tu sedikit demi sedikit sambil gaul dan begitu juga bahan C.

6. Selepas itu, masukkan ke dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 ke 50 minit. Panas atas dan bawah.

7. Tadaaaa siap.... setelah masak keluarkan dari acuan dan sejukkan....sejuk baru potong tau.



Selamat mencuba 😊