gambar resepi Peria Goreng Tepung Rangup, tepung bestari original dan tepung bestari pedas,  peria ini disebut pare, pepareh, dan pare pahit. Di Sumatera, sayur ini dikenal dengan nama prieu, fori, pepare, kabeh, dan paria. Sedangkan orang di Nusa Tenggara menyebutnya dengan nama paya, truwuk, paitap, paliak, pariak, pania, dan pepule

Bahan-bahan :

  • ~ Peria (terpulang pada tuan punya badan berapa banyak nak makan)
  • ~ Tepung serbaguna jenama (BESTARI)
  • ~ 1 biji telur
  • ~ Sedikit garam

Cara-cara :

1. Potong peria ditengah atau dihujung.. buang biji/span ditengah-tengah tu.

2. Hiris nipis-nipis .. guna pisau atau sagat.. (hirisan yang nipis akan menghasilkan peria yang rangup/garing).

3. Rendam dalam air biasa yang sudah di campur garam selama 20-30 minit.. kalau hendak rasa pahit tak perlu rendam lama-lama.


4. Toskan.. sampai agak kering sedikit..peria yg agak basah menjadikan salutan tepung tebal dan peria kurang rangup


5.Peria disalut telur dahulu dan barulah disalut dengan tepung , selepas itu bolehlah digoreng.


6. Siap goreng..toskan minyak..

Nota tambahan :

~ Pastikan minyak sudah panas, baru peria digaul dengan tepung kerana jika digaul awal peria akan melekat2..seelok-eloknya siap salut terus masukkan ke dalam minyak panas.

~ Tepung tak perlu dibancuh dengan air, tak perlu garam.  Jika nak pedas boleh tambah serbuk cili atau beli je siap-siap Tepung Bestari perasa Pedas.

hokeyyy selamat mencuba