Setelah banyak men'search' resepi vadei, akhirnya inilah resepi pilihan saya. Dah tak ingat empunya resepi, apa pun terima masih dan halalkan ye.  Ceritanya sekolah anak saya nak mengadakan jamuan akhir tahun, setelah undian dibuat oleh guru-guru maka kelas anak saya terpilih untuk membuat makanan bertemakan masakan India....1 Malaysia lah katakan. So, mari layan resepinya. Sebenarnya ni first time buat hahahaha so jangan gelak kalau ada yang tak kena. 

Kuih Vadei @ Wadeh .. Saya tak pasti ejaan dan sebutan yang betul untuk kuih ni


Bahan-bahan:

250gm kacang dhal (direndam semalaman)
25gm udang kering (ditumbuk)
4 tangkai cili kering (digunting)
2 ulas bawang besar (didadukan)
1 sudu besar jintan manis
2 tangkai daun kari
Sedikit garam
Sedikit serbuk cili


Cara-caranya:

1. Kisarkan kacang dhal sehingga halus. Kemudian tapiskan supaya air dari kacang dhal tadi dapat dibuang.

2. Tuang kacang dhal yang dah ditapis ke dalam bekas @ mangkuk besar. 

3. Satukan bersama udang kering yang dah ditumbuk, cili kering, bawang besar, jintan manis dan daun kari.

4. Perasakan dengan garam. Lebih kurang 2 sudu kecil. Kalau nak pedas boleh tambah sedikit serbuk cili. 


5. Selepas dicampurkan kesemua bahan, kemudian kepalkan dengan tangan dan bentukkan leper vadei tersebut. 

7. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng. Gunakan api sederhana sahaja.


Selamat mencuba