Bahan Inti 

1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan air
1 cawan gula merah
2sb gula pasir
2 helai pandan

Cara-cara buat inti:

~ Di dalam kuali masukkan air, gula pasir, gula merah dan daun pandan.  Masak sehingga gula semua cari dan air gula kelihatan memekat sedikit.  

~  Kemudian barulah masukkan kelapa parut tadi.  Gaul sehingga air gula dan kelapa tadi bercampur dengan mesra.  Terus gaul sehingga agak kering dan bolehlah matikan api.

~  Sejukkan sebelum digunakan.



Bahan Kulit

2 cawan tepung gandum
11/2  cawan air
1/2  cawan air pandan
1 biji telur
2 sb minyak masak
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau



Cara-caranya:

1.  Satukan kesemua bahan kulit sebatikan.  Cara senang dan mudah serta mengelakkan adunan daripada berbintil ialah hanya mix menggunakan blender.


2.  Panaskan kuali non stick boleh dan stick pun boleh je.  Syaratnya sebelum letak adunan tepung tu, coletkan sedikit minyak/margerin kat dalam kuali tu barulah ia tak melekat.


3.  Guna api perlahan dan buat cara di bawah :

  • Masukkan 1 senduk adunan ke dlm kuali dan lenggangkan
  • Biar masak-angkat ketepikan, ulang sehingga habis
  • Masukkan inti dan terus gulung.
Siap kuih tuk minum petang 😋

Selamat mencuba