Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nak share ni first time Ida buat Ice Cream tau.  Ida memggunakan perasa vamilla sahaja.  Sukatan mi sebenarmya dapatlah ngam-ngam sebekas ice cream nestle tu.
Bahan-bahannya:
1 tin Susu cair/susu segar
3 sudu Susu pekat
2 sudu Gula
1 sudu Ovalette
Perasa vanilla

Cara-caranya :


Mix semua bahan-bahan, pukul sehingga sebati. Putar mula dari kelajuan rendah sehinggalah yang tertinggi.  Putar sehingga ia kelihatan kembang/gebu dan bertukar warna.....atau dengan bahasa lain "moist" gitu

So, dah siap. Boleh masukkan ke dalam acuan aiskrim atau ke dalam bekas ais krim yang sesuai dan simpan di dalam tempat beku peti ais rumah anda.
Simpan sekurang-kurangnya semalaman tau.
Selamat mencuba....