Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam kita berkuarantin di rumah dek wabak virus corona yang melanda dunia, sesambil mengasah bakat buat kuih campiang atau cempiang. Adunan doh memang sama dengan donut, kuih pau goreng dan yang sewaktu dengannya. Ia hanya dibezakan oleh inti ye, sekaligus sudah pasti rasanya.  Tapi untuk yang bercadang buat kuih seperti ni kena ada tahap kesabaran tinggi kerana ia memerlukan masa yang agak lama untuk membuatnya.  So jika buat awal pagi mungkin boleh sediakan untuk tea time.  Daripada menguli sehinggalah menunggu doh kembang....banyak bersabar ye 😊😊

Ok kuih ni sebenarnya tidak asing lagi bagi orang Sabah. Sangat terkenal di Sabah. Bagi Ida ia ada persamaan dengan cinnamon roll.  Sangat sedap dimakan semasa panas-panas.  Kalau 1/2 kilo memang sekejap je dihadap oleh anak-anak dan suami.  Cumanya tiap kali buat kuih macam ni, mesti buat jua donut dalam 10 biji sebab anak autism Ida hanya akan makan donut.


Ba mari tengok resepi Kuih Campiang

Bahan- bahan :

~  1 kg tepung gandum
~  2 senduk  planta
~  1 cawan air suam
~  1 peket yist/mauripan atau jenama apa pun boleh guna
~  1 sudu teh garam
~  1 biji telur
~  2 sudu susu pekat
~  3 sudu makan gula
~  1 sudu baking powder 
~  Air secukupnya

Inti paste

~  2 sudu makan kicap pekat manis. 
~  Serbuk rempah lima jenis (yang sedia dalam 1 ~       peket) atau kalau tiada boleh juga gunakan               serbuk kari ikan/daging mix dengan sedikit               cinnamon (serbuk kayu manis....jika ada)
~  1 sudu kecil gula
~  1 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya.

Langkah 1 :  Yist

~  Campurkan gula + yist+susu dan  air suam. Biarkan selama 10 minit ..sehingga kembang.

Langkah 2:  Doh

1.  Satukan bahan-bahan kering tepung, garam dan serbuk penaik. Gaul rata atau lagi bagus kalau ayak.

2.  Masukkan bahan langkah 1 dan telur ke dalam tepung. Gaul sehingga sebati, melekat ditangan tak apa. Elok jika ada mixer yang boleh mix doh. So pakai mixer je. Boleh tambah air jika perlu

3.  Masa ni boleh masukkan marjerin/planta dan uli lagi hingga lembut, licin dan elastik.  Agak-agak dalam 20 minit uli.

4.  Biarkan/peram doh selama 1 jam atau hingga naik kembang sekali ganda.  Seeloknya tutup doh untuk menggelakkan daripada kering dipermukaan adunan.  Ida tutup menggunakan plastik wrap.

5.  Bila adunan sudah naik, uli dan tumbuk doh untuk keluarkan angin yang terperangkap semasa proses pengembangan.

Langkah 3:  Inti paste

~  Bancuhkan bahan inti dan jadikan paste, kalau kurang kicap boleh tambah. Ketepikan.  Bancuh jangan guna air tau, guna je kicap tu.

Langkah 4:  Membuat kuih

1.  Canaikan doh.  Nak roll yg cantik hendak la canai nipis sikit..lepas tu potong bahagian tepi-tepi doh yang tidak rata ini bertujuan untuk menghasilkan roll yg cantik dan kemas.

2.  Kemudian pastekan sedikit bancuhan rempah dan sapukan rata di atas doh yg dicanai.  Jika takde berus masakan, boleh guna belakang sudu makan je untuk ratakn.

3.  Setelah itu lipat sedikit bahagian hujung doh dan mulalah menggulung sehingga ke hujungnya.  kemas-kemaskan sedikit.  Kemudian potong doh menggunakn pisau anggaran 2cm setiap satu atau paling cantik jika mahir potong menggunakan tali...Ida pakai tali rapia.  Potongan akan tampak lebih kemas.

4.  Ambil satu persatu potongan tadi, tekan-tekan sedikit menggunakan tangan dan canai nipis ..ulang sehingga roll habis..  Jika agak melekat, taburkn sedikit tepung.  Setelah habis semuanya, biarkan selama 15 minit.


5.  Panaskan minyak untuk proses menggoreng pula.  Masukkan roll tadi ke dalam minyak yang sudah dpanaskan dan apabila selepas 2 saat atau tepi kuih mula mendidih, terus balikkan bertujuan mengelakkan kuih campiang 'lentik' atau mengembung di tengahnya dan hasilnya kuih tidak cantik.  Lebih teruk lagi jika mentah ditengahnya. 



6.  Angkat dan toskan setelah kuih bertukar keperangan sepenuhnya..


SELAMAT MENCUBA.. 😋😊