Assalamualaikum dan salam sejahtera srmua.  Salam semua.  Ha orang bilang yang ni fresh baru keluar oven....sebab Ida baru je masak ayam ni dan terus post.  Resepi masakan ayam yang mudah dan sangat sedap iaitu Resepi Ayam Masak Halia.  

Ceritanya tadi pagi dah kalut nak masak apa ye, tambah-tambah lagi masa PKP ni otak macam beku sikit so google kejap masakan apa yang mudah serta semua bahan ada di rumah.  Akhirnya terpikat dengan resepi ayam masak halia ni.  Cari secara rambang, kebanyakkannya ayam nak kena goreng dan baru masak semula.  Ok Ida ubahsuai sikit je, iaitu rebus dulu ayamnya.  So boleh jua diketegorikan sebagai healthy food tanpa minyak dan ditambah pula dengan halia serta bawang putih....emmm memang ummmph 😋.  Betullah kan kadang kita tak perlu bersusah payah untuk masak sesuatu yang terlalu complicated untuk dihidangkan kepada keluarga. Cukup sekadar masakan yang mudah tapi istimewa yang penting air tangan sendiri dan dipadankan pula dengan nasi putih yang panas. Memang sedap 😋 Silalah cuba resepi ini.


Resepi Ayam Masak Halia versi tanpa goreng

Bahan-Bahan:

~  500 gram ayam, potong kecil
~  4 ulas bawang putih, hiris nipis
~  2 cm halia, dihiris halus memanjang
~  1 sudu besar kicap cair
~  1 biji bawang holland, hiris nipis membulat
~  1 biji lobak, hiris panjang-panjang
~  1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan         sedikit air
~  Minyak masak, untuk menumis
~  Sedikit lada sulah atau lada hitam
~  Sedikit garam dan kunyit
~  Garam dan gula, secukup rasa

Cara-caranya:

1.  Cuci bersih ayam dan rebus dalam 10 minit.  Selepas itu toskan airnya.

2.  Panaskan minyak dalam anggaran 2 sudu makan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.....jaga jangan sampai bawang putih hangus.

3.  Masukkan ayam tadi, gaul hingga rata.

4.  Masukkan lobak, bawang holland, kicap cair, sedikit kunyit dan sedikit taburan lada putih dan lada hitam.  Kacau seketika lagi.

5.  Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

6.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.  Boleh matikan api, angkat taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang jika suka. 

Hidangkan bersama nasi panas.

Tips:
Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. 

Selamat mencuba....😊