Ini sebenarnya resipi favorite Ida jika nak dihidangkan mee kuning. Simple je, tak perlu bubuh udang ke, daging ke atau sotong ke. Specialnya perahan limau kasturi dan potongan cili padi tu...memang power. Bagaimanapun, itu selera Ida, suami dan Anum (anak perempuan Ida). Anum tu, kalau nak makan mee ni wajib ada limau. Selera anda bagaimana pula? Segala bahan dan ramuan dalam resipi ni boleh jerr anda ubahsuai....tak wajib pun. Perasan tak, dalam bahan ni tak ada sos tiram? Sebab suami Ida alah dengan sos tiram. So, Ida dah terbiasa dengan resipi tanpa sos tiram. Kalau resipi yang ada sos tiram tu, memang kena ubahsuailah jawabnya. Biasanya Ida akan gantikan dengan sos Lada Hitam. Jika selera kita sama...Alhamdulillah boleh ikut bulat-bulat 😅😅.
Mee Goreng Ayam Special Tanpa Sos Tiram
So, mari cuba resipi ni.....
📝 450 g / 1 paket mee kuning basah - bersihkan dan toskan
📝 Sayur sawi - tiada sukatan, banyak pun ok je...jika suka makan sayur. Potong 1 inci.
📝 100 gram ayam kisar - Ida suka gunakan jenama Ramly
📝 2 biji telur - pecahkan ke dalam mangkuk dan kacau/gaul
📝 2 sudu besar minyak masak
📝 1 biji tomato - belah 6
📝 1 kiub ayam - Ida suka gunakan jenama Maggi
📝 1 cawan air
📝 Sedikit ģaram
📌 2 biji Bawang merah kecil
📌 2 ulas Bawang putih
📌 1 inci halia
📌 2 sudu besar kicap mee/kicap pekat
📌 1 sudu besar kicap manis
📌 1 sudu besar sos cili
📌 1 sudu besar sos tomato
📌 1 sudu besar sos lada hitam
📌 Hirisan Limau Kasturi
📌 Potongan cili padi
📌 Daun bawang
📌 Daun sup
1. Pannaskan minyak, tumiskan bahan kisar/tumbuk hingga wangi dan agak garing sedikit...bukan hangus ye...
2. Masukkan ayam kisar dan gaul sehingga masak.....
3. Masukkan kesemua bahan sos. Gaul rata, dan bolehlah masukkan air. Gaul lagi....
4. Masukkan sawi, kiub ayam bersama sedikit garam. Gaul dan beberapa minit kemudian boleh masukkan tomato. Gaul lagi seketika....
5. Masukkan telur dan kemudian mee kuning. Gaul kesemuanya sehingga betul-betul rata. Boleh tambah air jika kelihatan agak kering atau nak nampak sedikit basah.
6. Boleh rasa, jika perlu tambah atau sebagainya dan kemudian bolehlah tutup gas/api.
7. Hidangkan bersama potongan daun bawang, daun sup, perahan air limau kasturi dan potongan cili padi. Sedap gilerrr....
Selamat mencuba....🌱🌱🌱
0 Comments