Mee goreng sebenarnya banyak versi, nak campur dengan bahan apa pun boleh mengikut selera masing-masing. Jadi kali ni nak cuba mee goreng yang dicampur tomato, fishcake dan telur. Jika korang suka pedas letaklah cili padi.
Bahan-bahan:
- 1 paket mee kuning / 450 gm
- 3 keping fishcake / 200 gm - dihiris
- 3 batang sawi - dipotong
- 2 ulas bawang putih - diketuk
- 1/2 biji bawang holland - dimayang/dihiris
- 1 sudu makan cili boh
- 2 biji telur
- 2 biji tomato - dibelah 6
- 2 biji cili segar/besar - dipotong serong
- 2 sudu sos tomato
- Kicap mee/pekat
- Kicap manis
- Air - jika perlu
- Garam dan ajinomoto
- Minyak
Bahan Tambahan:
- Limau kasturi - dibelah 2
- Daun sup - dipotong kecil-kecil
- Daun bawang - dipotong kecil-kecil
Cara Penyediaan:
1. Cuci mee kuning dan toskan. Kemudian gaul dengan kicap mee/pekat dan kicap cair. Supaya apabila kita menggoreng mee, kicapnya sudah rata. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga naik bau wangi. Kemudian masukkan cili boh. Gaul sehingga kelihatan pecah minyak sedikit.
3. Selepas itu, masukkan hirisan fishcake dan tomato. Gaul beberapa minit lebih kurang 3 minit bolehlah masukkan sayur sawi dan cili segar.
4. Masukkan mee kuning dan gaul rata. Jika kicapnya kurang boleh tambah masa ni. Kemudian masa menggaul tolak mee ketepi kuali supaya bahagian tengah kosong dan pecahkan 2 biji telur sambil digaul sehingga telur masak. Pastikan mee dan telur bercampur rata.
5. Kemudian masukkan sos tomato, garam dan ajinomoto. Gaul lagi dengan api yang kuat untuk beberapa minit. Kemudian boleh matikan api dan siap untuk dihidangkan bersama daun bawang dan daun sup. Sebelum makan boleh perahkan dengan air limau kasturi.
Selamat mencuba 😋
0 Comments