Assalamualaikum dan salam sejahtera...


😂😂 Nampak tak tajuk tu "Hati Ayam Masak Kicap".  Ida berfikir pasal tajuk Hati Ayam, kenangan zaman belajar di kolej pula yang muncul.  Sebenarnya ni menu yang buat Ida dengan suami terasa "serasi bersama" diawal perkenalan.  Ada citarasa yang sama, keluar makan selalu ambil lauk yang sama 😂😂.  

Oklah, nanti kita sambung cerita zaman kolej tu di muka surat lain.  Sekarang ni kita sambung pasal hati ayam ni.  Ada jua kan yang tidak makan hati ayam antara sebabnya yang selalu Ida dengar ialah hanyir.  Maksudnya bau yang tidak enak tu tetap ada walau pun sudah masak.  Pelbagai tips orang beri untuk masalah ni.  Bagi Ida cukup ada serai dah hilang bau dah tu.  

gambar menu resipi hati ayam masak kicap dengan sos lada hitam yang senang, tak berbau hanyir menggamit kenangan zaman kolej PTPL sabah tahun 2004, Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan yang kini di kenali dengan MSU Management Sains Universiti, Malaysia and Indonesi Food.


Jom layan resipi Hati Ayam Masak Kicap yang menggamit kenangan....

Bahan-bahan :

📌  ½ kg Hati ayam
📌 Kicap manis secukupnya
📌 Kicap pekat/kicap mee secukupnya
📌 2 sudu makan sos cili
📌 2 sudu makan sos lada hitam
📌 2 biji tomato belah 4
📌 1 batang serai - ketuk
📌 1 cawan air (200 ml)
📌 Garam dan serbuk perasa/ajinomoto
📌 2 sudu makan minyak masak

Bahan kisar/tumbuk:

📌 4 biji bawang merah
📌 3 ulas bawang putih
📌 2 inci halia

Cara-caranya:

📝  Cuci bersih hati ayam dan kemudian rebus sehingga masak. Sesudah masak, toskan dari air rebusan kemudian potong. Potong ikut suka selera masing-masing. Ada juga orang yang tak potong pun. Boleh jerr. 

📝  Panaskan minyak dikuali kemudian tumiskan bahan kisar beserta serai sampai naik bau dan sedikit garing.

📝  Masukan kicap pekat, kicap manis dan sos lada hitam. Gaul sehingga agak sedikit pekat dan terbit minyak.

📝  Sesudah tu masukkan hati ayam tadi bersama tomato pula. Gaul sehingga mesra gitu.

📝  Masukkan segelas air. Gaul sekejap dan biarkan sehingga agak pekat semula kemudian masukkan lagi sos cili bersama garam. Gaul.

📝  Rasa sekali lagi sebelum nak tutup api. Bila dah agak memekat bolehlah matikan api. 🥰


Selamat mencuba ....💞💞