Kari Kepala Ikan Jenahak

Bahan bahan:

  • 2 ketul besar kepala ikan Jenahak
  • 6 pcs kacang bendi - celur terlebih dahulu
  • 50 gm rempah Kari Ikan - 
  • 3 rempah sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 buah tomato - belah 4
  • 1 biji bawang holland - mayang
  • 3 biji bawang merah - mayang
  • 3 ulas bawang putih - mayang
  • 1 inci halia - dimayang
  • 3 batang cili hijau dan merah - dihiris serong
  • 1 kotak santan/ 200 ml  
  • 1 sudu besar beras - disangai dan dikisar halus
  • 2 pelepah daun kari
  • Garam dan ajinomoto secukupnya
  • 1/2 cawan pati air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis


Cara Memasaknya:


1.  Goreng sangai dulu beras iaitu goreng tanpa minyak hingga kekuningan dan kisar atau ditumbuk halus.  Manakala serbuk kari pula campur sedikit air dan jadikan pes.

2.  Cuci bersih kepala ikan tersebut dan boleh juga dipotong mengikut kesukaan.  Sebaik baiknya ia dicuci dengan cara direndam dulu dengan air perahan asam jawa, garam dan air beras ataupun boleh dimasukkan sedikit beras yang ditumbuk tadi.  Ini boleh menghilangkan hanyir ikan.  Selepas seketika, bilas bersih dan toskan.

3. Panaskan minyak masukkan rempah 3 sekawan bersama bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga wangi dan garing.

4. Kemudian masukkan cili kisar dan rempah kari. Gaul sebenar. Masak rempah tu hingga garing dan naik bau dengan api yang kecil supaya garing perlahan lahan sampai betul betul garing. Pastu bila rempah dah garing, masukkan beras sangai dan kacau rata sebentar. Tambah air secukupnya.

5.  Kemudian masukkan bawang holland, cili hijau merah, daun kari, garam, ajinomoto dan santan. 

6.  Bila sudah betul betul menggelegak bolehlah dimasukkan air asam jawa dan kepala ikan.  Besarkan api sehingga ikan masak.

7.  Bila kepala ikan tu dah masak, Akhir sekali, baru masukkan kacang bendi dan buah tomato. Sebelum matikan api, rasa terlebih dahulu jika perlu tambah garam dan sebagainya.

Selamat mencuba