Hari ni Ida nak share Resepi Nangka Masak Lemak yang dicampur dengan udang kering.  Padu wei, memang sedap.  Jika dahulu orang bandar susah nak cari nangka untuk dibuat sayur ni....biasanya nangka mudalah.  Tetapi sekarang dah banyak dah pasaraya-pasaraya yang menjualnya.  Malah juga banyak terdapat dikebanyakkan pasar-pasar dibandar.  Jangan risau, korang tak perlu kupas kulit atau potong nangka tersebut kerana yang dijual tu sudah siap kupas kulit dan potong.  Harganya pula dalam sekitar RM 2, bolehlah sekali masak.  Cuma satu masalah dia ialah nangka tersebut hendaklah direbus terlebih sehingga lembut.  Oklah jom tengok resepinya

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg nangka muda,bersihkan, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam
  • Sedikit udang kering
  • 2 sudu cili giling/boh
  • 1 kotak santan atau 200 ml
  • 1 batang serai
  • 2 biji bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • Sedikit serbuk kunyi
  • 3 biji cili segar - tak kisah warna merah atau hijau
  • Garam dan serbuk ajinomoto
  • Air secukupnya untuk merebus nangka

Cara Penyediaannya:

1.  Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk.  Proses merebus agak lama.  Bila dah empuk, toskan airnya.  Ketepikan dulu.

2.  Sementara menunggu nangka masak dan empuk boleh mulakan dengan penyediaan bahan lain iaitu:
    ~  Tumbuk bawang merah, bawang putih dan kunyit
    ~  Tumbuk udang kering
    ~  Serai dititik
    ~  Cili segar dipotong serong

Cara Memasaknya:

1.  Didihkan 2 cawan air kemudian masukkan bahan tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih, cili kering atau cili boh dan kunyit.  Gaul rata dan biarkan lebih kurang 5 minit.

2.  Kemudian masukkan lagi nangka, serai, serbuk kunyit, udang kering, cili segar, garam, ajinomoto dan gaul rata.

3.  Gaul sehingga  mendidih kemudian kecilkan api atau turunkan suhu jika menggunakan induction cooker.  Masukkan santan gaul perlahan tanpa henti.  Api atau suhu kenalah rendah jika sudah masukkan santan.  Pastikan supaya sentiasa digaul untuk menggelakkan daripada pecah minyak.

4.  Rasa terlebih dahulu, kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.  Sedap dimakan bersama ikan goreng dan ikan masin yang digoreng.



Selamat mencuba 👍👍