Resepi Bubur Kacang Hijau yg sangat sedap.  Tak susah nk buat bubur ni, cuma rendam kacang hijau 4 ke 5 jam dan rebus sehingga lembut.  Ok jom tengok resipi bubur kacang hijau,


Bahan bahan: (untuk makan 2 orang)

  • 100 gm kacang hijau
  • 50 gm gula merah
  • 50 gm sagu
  • 1 kotak santan 200 ml
  • 2 helai daun pandan
  • Air secukupnya
  • 1/2 sudu kecil garam
vLog Cara Masak Bubur Kacang Hijau Step by step
Cara Penyediaannya:

1.  Rebus sagu terlebih dahulu sehingga menjadi jernih. Tuang ke dalam penapis dan lalukan bawah air paip. Kemudian ketepikan dahulu sementara siapkan bahan lain.
 
2.  Basuh bersih kacang hijau yang telah direndam selama 3-4 jam.  Kemudian bilas dan rebus kacang hijau sehingga empuk.  Sebelum rebus, pastikan air rebusan mendidih terlebih dahulu barulah masukkan kacang hijaunya. 

3.  Bila sudah empuk, masukkan garam, daun pandan dan gula merah.  Kacau sehingga semua gula larut dan sebati bersama kacang hijau.

4.  Kemudian masukkan sagu yang telah direbus tadi.  Gaul sehingga hancur dan bercampur rata dengan kacang hijau.

5.  Kacau dalam 10 minit barulah masukkan santan.  Dan terus kacau dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak.  Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api atau induction cooker. 

Selamat mencuba