Popia Cendawan Carbonara | Lumpia Carbonara Dengan Cheese di atas papan chop kayu
Popia Cendawan Carbonara | Lumpia Carbonara Dengan Cheese

Pelbagai hidangan atau jenis makanan yang boleh dihasilkan dengan hanya menggunakan kulit popia atau jika di Indonesia dipanggil kulit lumpia.  Nak masak Popia sangat versatile the limit is your imagination, ada banyak resipi berasakan kulit popia. Biasanya nama-nama hidangan yang dihasilkan daripada popia ini dibezakan dengan intinya.  

Inti Popia Cendawan Carbonara dengan cheese, lobak, isi ayam, bawang holland, carbonara prego
Inti Popia Cendawan Carbonara 

Oleh itu, saya nak kongsikan resepi popia Carbonara Cheese yang mudah dan sangat sedap sudah pasti diintikan dengan carbonara cendawan keluaran prego bersama sayuran dan cheese.  Banyak dijual secara online oleh peniaga online dan para surirumah yang ingin menambah pendapatan dari rumah.  Jangan tak tahu saya pun salah seorang surirumah yang berniaga online tu.  Daripada pengalaman sendiri ...ya harganya memang agak mahal sedikit kerana sememangnya bahan-bahan yang digunakan pun mahal juga.  Kesimpulannya meh sini belajar buat sendiri pastinya puashati.  Walaupun bahan mahal sedikit tetapi kuantiti akan dapat lebih daripada yang dibeli.  Betul tak?  

Untuk resepi ni akan menghasilkan lebih kurang 60 ke 70 biji popia Carbonara,  jom mula buat....

Cara Masak Popia Cendawan Carbonara | Lumpia Carbonara Dengan Cheese
(Pst, kawan-kawan support & subcribe YouTube Channel Ida ye, banyak lagi resepi Ida akan share)

Bahan-Bahan:
  • Kulit popia secukupnya (lebih kurang 60 ke 70 keping)
  • 1 cawan isi ayam cincang/potong kecil
  • 2 cawan lobak disagat/potong memanjang  
  • 1 tin cendawan butang dihiris dan potong kecil
  • 2 keping cheese slice
  • 5 batang sosej dipotong kecil
  • 1 labu bawang holland dipotong kiub
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • Minyak

Cara Penyediaan Inti:

1.  Tumiskan bawang holland sehingga sedikit layu.

2.  Masukkan ayam cincang. Kacau sehingga ayam separuh masak.

3.  Masukkan secubit garam bersama dengan 1/2 sudu teh lada hitam.  Kacau sebati.

4.  Kemudian masukkan cendawan dan sosej. Kacau lagi.  Setelah agak kering masukkan 50 ml air.  Kacau lagi supaya tidak hangus dibahagian bawah kuali.

5.  Masukkan 1 tin sos carbonara. Kacau sebentar.

6.  Kemudian masukkan kesemua lobak sagat tadi.  Kacau sehingga sebati.

7.  Tambahkan 2 keping cheese.  Kacau sehingga cheese larut. 

8.  Akhir sekali kacau dan masak sehingga kuah carbonara sedikit kering.  Selepas itu boleh matikan api.

9.  Sejukkan sebelum digunakan atau jika nak simpan untuk buat pada hari esoknya pun boleh, caranya simpan didalam kedap udara kemudian masukkan kedalam peti sejuk bahagian bawah sahaja.

Inti Popia Cendawan Carbonara dengan cheese, lobak, isi ayam, bawang holland, carbonara prego
Inti Popia Cendawan Carbonara

Cara Menggulung Dan Menggoreng Untuk Kekas Rangup :

1.  Sediakan kulit popia bersaiz 7"x7" atau saiz besar.  Letakkan 1 sudu makan inti ke bahagian diantara tengah dan salah satu sudut.  Tak perlu ratakan sangat.  Pastikan inti tak berair sangat.

~ air ni jika banyak sangat, akan meresap kedalam kulit popia, akibatnya popia akan rangup seketika saja selepas digoreng dan akan cepat lembik ketika sejuk.

2.  Gulung sambil ketatkan sehingga ketengah kurangkan ada ruang antara kulit-kulit tu.  Kalau saya akan buat 3 gulungan hingga ketengah kemudian lipat bahagian tepi bawa ketengah.  Teknik ini akan memudahkan untuk mengukur panjang popia carbonara.  Kemudian sambung gulung sambil kukuhkan gulungan supaya kemas.  Saya gam menggunakan air putih sahaja dihujung kulit popia supaya tidaklah terbuka gulungan tu.  Ulang proses yang sama sehingga semua inti habis.

3.  Setelah siap, boleh terus goreng atau simpan didalam peti sejuk dibahagian sejuk beku.

4.  Jika nak popia anda rangup, kaedahnya panaskan dahulu minyak (tak perlu panas sampai berasap yang penting dah cukup panas), kemudian kecilkan api, biarkan seketika barulah masukkan popia anda dan goreng.  Pastikan goreng didalam minyak yang banyak supaya popia anda timbul apabila digoreng.  Jika digoreng dengan minyak sedikit atau kuali cetek, biasanya popia akan hangus / hitam dibahagian yang menyentuh dasar kuali.

5.  Tips menggoreng jika simpan didalam peti sejuk, biarkan 5 minit dengan suhu bilik atau dapur barulah goreng mengikut kaedah no 4 diatas.

Popia Cendawan Carbonara dengan cheese diatas papan chop kayu| Lumpia Carbonara Dengan Cheese
Popia Cendawan Carbonara 

Selamat mencuba.

#edakitchen #popiacarbonaracheese