Roti jala gulung gerenti jadi yang mudah sesuai untuk dijadikan perniagaan dari rumah, roti kirai, kuih renjis sesuai untuk berniaga dari rumah, makan dengan kuah kari daging, kari ayam
Roti Jala

Assalamualaikum hi semua.  Roti Jala adalah sejenis kuih yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia  malah sering menjadi hidangan diwaktu petang atau pagi.  Selain panggilan roti jala, ia juga dikenali dengan nama renjis dan roti kirai.  Roti Jala sering dihidangkan di majlis-majlis kenduri.  Jika ada majlis sekolah dan cikgu mengalu-alukan potluck daripada ibu bapa, maka roti jala selalu menjadi pilihan saya.  Roti Jala biasanya disajikan bersama dengan kuah kari ayam atau kari daging sebagai pencicahnya.

Oleh itu, saya nak berkongsi resipi Roti Jala yang sangat sesuai untuk dijadikan menu jualan untuk menambah pendapatan dari rumah.  Sukatan 1 kilogram tepung gandum boleh menghasilkan lebih kurang 80 ke 90 biji roti jala dengan saiz kuali 20 cm.  Jom ikuti resepinya,

Bahan-Bahan:
  • 1 kg tepung gandum
  • 2 telur B
  • 1 tin susu cair
  • 5  cawan air (1250ml)
  • ½ cawan minyak
  • ½ sudu makan garam
  • ½ sudu teh kunyit
  • Sedikit pewarna kuning
vLog Cara buat Roti Jala yang senang dan sedap (tips enable Subtitle)

Cara Penyediaannya:

1.  Masukkan kesemua bahan ke dalam mixer kecuali pewarna kuning.  Gaul sehingga semua adunan sebati.  Saya sarankan air tu masuk secara berperingkat.  Masukkan 3 kali pun boleh.  

2.  Boleh tambahkan pewarna kuning jika adunan masih nampak kuning pucat.  Sebenarnya jika tak nak tambah pewarna kuning pun tak jadi masalah.  

3.  Jika semua sudah sebati, boleh masukkan ke dalam acuan roti jala.  Jika pekat iaitu adunan susah nak jatuh boleh tambahkan sedikit air manakala jika adunan cair pula iaitu putus-putus bila nak dijala maka boleh tambahkan sedikit tepung gandum.   

4.  Gunakan kuali leper non-stick atau boleh juga gunakan kuali biasa, yang penting boleh di jala.  Oleskan kuali dengan sedikit minyak atau planta untuk menggelakkan roti jala melekat dikuali.

5.  Sesudah jala di atas kuali, biarkan dalam beberapa saat, kalau sudah masak tak perlu diterbalikkan terus sahaja diangkat dan digulung.  Ulang proses yang sama sehingga semua adunan habis.

Roti jala gulung gerenti jadi yang mudah sesuai untuk dijadikan perniagaan dari rumah, roti kirai, kuih renjis sesuai untuk berniaga dari rumah, makan dengan kuah kari daging, kari ayam
Roti Jala

Selamat mencuba.

#edakitchen #rotijala #renjis