Pulut Kuning dengan sambal telur puyuh,
Pulut Kuning Sambal Telur Puyuh

Pulut Kuning sudah sinonim dengan masyarakat Melayu di Nusantara, biasa dihidangkan dalam majlis-majilis keramaian dan majlis kesyukuran. Pulut Kuning semestinya adalah antara menu tradisi yang sentiasa mendapat tempat di hati kita yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

vLog Cara masak Pulut Kuning dengan Sambal Telur Puyuh ( Tips Enable Subtitle )
(Pst, kawan-kawan support & subcribe YouTube Channel Ida ye, banyak lagi resepi Ida akan share)


Bahan-Bahan Untuk Pulut Kuning:

  • 1 kg beras pulut
  • 1 kotak kecil santan pekat (200 ml)
  • 1 kotak kecil santan cair (200 ml)
  • 1 keping asam keping
  • 2 helai daun pandan dikerat-kerat
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Garam
  • Kunyit
  • Air secukupnya


Bahan-Bahan Untuk Sambal Telur Puyuh:

  • 3 tray telur puyuh (45 biji) di rebus
  • 8 sudu makan cili giling
  • 1 biji bawang merah besar dihiris
  • 1 biji bawang holland dihiris
  • 1 ketul halia ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 biji tomato dibelah
  • Garam, gula dan ajinomoto 
  • Minyak masak
  • Air secukupnya
Hiasan : Daun sup dan Timun

Cara-cara Penyediaan Pulut Kuning:

1. Cuci bersih beras pulut, kemudian rendam selama lebih kurang 2 jam bersama garam, kunyit dan asam keping.

2. Selepas 2 jam, keluarkan asam keping dan toskan beras pulut. 

3.  
Letak beras pulut kedalam loyang dan campurkan dengan daun pandan, minyak masak, santan cair dan santan pekat.  Kemudian gaul sambil tambahkan air hingga keparas beras pulut.  Lebihkan sedikit air iaitu lebih kurang 1 cm dari paras beras pulut.  Tambahkan sedikit lagi garam.  Boleh tambahkan sedikit lagi serbuk kunyit jika suka suka.  Ada juga sesetengah orang yang meletakkan pewarna kuning untuk mencantikkan lagi warna kuningnya.

4.  Kemudian kukus selama lebih kurang 35 minit ke 40 minit.  Sebelum nak kukus tu, pastikan air kukusan sudah mencukupi dan sudah mendidih barulah boleh kukus.

5.  Sesekali gaul pulut tu takut masaknya tidak sekata pula.  Kukus sehingga masak dan sejukkan.

Cara Penyediaan Sambal Telur Puyuh:


1.  Rebus telur puyuh selama lebih kurang 10 minit.  Kemudian kopek kulitnya, bersihkan dan toskan.

2.  Tumis bawang merah dan bawang holland sehingga wangi.

3.  Kemudian masukkan daun pandan, serai dan bahan yang telah ditumbuk iaitu bawang putih dan halia.  Gaul.

4.  Selepas itu, masukkan 8 sudu makan cili giling.  Gaul seketika kemudian masukkan tomato.  Gaul sehingga pecah minyak.  Tambahkan sedikit air, garam, ajinomoto dan gula.  Gaul sehingga semua bahan sebati.

5.  Akhir sekali masukkan telur puyuh.  Gaul sehingga pecah minyak kali kedua.  Dah macam tu, tutup api dan boleh hidang bersama pulut kuning.

Pulut Kuning dengan sambal telur puyuh,
Selamat mencuba

#edakitchen #pulutkuning #sambaltelurpuyuh