Sambal Telur Puyuh sangat sedap dimakan bersama pulut kuning, nasi putih, nasi Lemak atau roti semuanya sesuai dengan Sambal Tumis ni
Sambal Telur Puyuh

Sambal Tumis adalah hidangan paling serba boleh kerana kita boleh memasaknya dengan telur puyuh, ikan bilis, telur ayam, sotong, udang, ayam, daging lembu atau apa sahaja.  Hidangan yang sungguh ajaib dengan menggunakan sedikit bahan.  Boleh dimakan dengan nasi putih, nasi Lemak atau roti semuanya sesuai dengan Sambal Tumis.  

Kali ni saya membuat sambah telur puyuh yang dimakan bersama pulut kuning.  Ya telur Puyuh memang sedap dimakan. Masalahnya cuma satu, agak renyah sikit untuk mengopek kulitnya sebab ianya kecil. Pastu kulit telur tu melekat-lekat di jari hehehe. Tapi, nak makan punya pasal, kenalah jadi rajin.  Ok untuk telur tu, ada orang buat lepas rebus, dia akan goreng telur tu agak garing kulit katanya.  Tapi kalau tak goreng pun tak jadi masalah sebenarnya malah "less oil" katakan.  So jom masak.

vLog Cara Masak Sambal Telur Puyuh (tips enable subtitle)
(Pst, kawan-kawan support & subcribe YouTube Channel Ida ye, banyak lagi resepi Ida akan share)

Bahan-Bahan Untuk Sambal Telur Puyuh:

  • 3 tray telur puyuh (45 biji) di rebus
  • 8 sudu makan cili giling
  • 1 biji bawang merah besar dihiris
  • 1 biji bawang holland dihiris
  • 1 ketul halia ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 biji tomato dibelah
  • Garam, gula dan ajinomoto 
  • Minyak masak
  • Air secukupnya
Bahan-Bahan Sambal Telur Puyuh cili giling,
Bahan-Bahan Sambal Telur Puyuh

Cara Penyediaan:

1.  Rebus telur puyuh selama lebih kurang 10 minit.  Kemudian kopek kulitnya, bersihkan dan toskan.

2.  Tumis bawang merah dan bawang holland sehingga wangi.

3.  Kemudian masukkan daun pandan, serai dan bahan yang telah ditumbuk iaitu bawang putih dan halia.  Gaul.

4.  Selepas itu, masukkan 8 sudu makan cili giling.  Gaul seketika kemudian masukkan tomato.  Gaul sehingga pecah minyak.

5.  Tambahkan sedikit air, garam, ajinomoto dan gula.  Gaul sehingga semua bahan sebati.

6.  Akhir sekali masukkan telur puyuh.  Gaul sehingga pecah minyak kali kedua.  Dah macam tu, tutup api dan boleh hidang.

Sambal Telur Puyuh sangat sedap dimakan bersama pulut kuning, nasi putih, nasi Lemak atau roti semuanya sesuai dengan Sambal Tumis n
Sambal Telur Puyuh

Selamat mencuba

#edakitchen #sambaltelurpuyuh