Air cincau, Cha Bang Ang, Aroikah, cincau gula merah menggunakan susu segar , cincau hitam
Air cincau

Cha Bang Ang sebenarnya sejenis minuman Cincau yang pernah Viral di Thailand dan turut sama viral di Malaysia lebih kurang setahun yang lalu.  

Air cincau, Cha Bang Ang, Aroikah, cincau gula merah menggunakan susu segar , cincau hitam
Air cincau

Baru- baru ni saya ada berjumpa dengan Ibu Fida PPM yang bertugas di Sekolah Pendidikan Khas anak saya yang mana dia ada jual Cincau Homemade so saya pun cubalah sekurangnya saya tahu cincau ni hasil buatan produk Muslim. Dipendekan cerita saya search resepi apa nak buat dengan cincau ni so jumpa lah resepi Cha Bang Ang minuman pencuci mulut yang  diminati ramai di Thailand so jom tengok cara buat Cha Bang Ang.


Bahan-Bahan:
  • 300 gm Cincau
  • 2 cawan Susu Segar/full cream
  • 1 cawan Susu cair
  • 2 Sudu makan Susu pekat
  • 2 Sudu makan selasih
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan air
  • 500 ml air panas/suam
vLog cara buat Air Cincau Susu Caramel
Cara membuatnya:

1.  Masak gula merah bersama 1/2 cawan air.  Masak sehingga gula larut Dan mendidih.  Sesudah masak, ketepikan

2.  Rendam selasih bersama 500 ml air panas atau suam selama lebih kurang 5 minit.

3.  Cincau dipotong kiub.

4.  Dalam bekas atau jug, campurkan Susu Segar, Susu cair Dan Susu pekat.  Gaul sehingga sebati.

Ok Sekarang Penyediaan Bahan sudah siap.  Kita Ada 2 kaedah untuk menghidang iaitu :

Kaedah 1 : campurkan semua Bahan kedalam mangkuk termasuk ais.  Gaul sekata.  Kaedah ini biasanya digunakan ketika Ada Majlis, kenduri atau Hari Raya.

Kaedah 2:. Hidangkan secara berasingan macam Yang saya buat Dalam video.  

Nota: Dalam video saya menggunakan separuh gula Nisan  Separuh lagi gula merah.  Tujuan saya supaya dapat menyeimbangkan tahap kemanisan.  Jika menggunakan gula Nisan sepenuhnya, ia Akan terlalu Manis Dan pekat.  

Selamat mencuba.