Asam Pedas Ikan Pari, Resepi asam pedas ikan pari, Asam Pedas Ikan Pari Melaka, dimasak menggunakan induction cooker, menu asam pedas ikan pari yang senang dan mudah dimasak bersama kacang bendi, daun kesum, bunga kantan, Asam Pedas Ikan Pari Che Nom, Asam Pedas Ikan Pari Azie Kitchen
Asam Pedas Ikan Pari

Hidangan Asam Pedas Ikan Pari adalah satu menu yang takkan saya tolak apabila dihidangkan. Resepi asam pedas juga sangat dikenali di Melaka, dan Melaka sememangnya terkenal dengan keenakkan menu Asam Pedas Ikan Pari. Ada orang cakap, kalau pergi Melaka, rugi tau jika tak merasa hidangan Asam Pedas Ikan Pari disana.  

Asam Pedas Ikan Pari, Resepi asam pedas ikan pari, Asam Pedas Ikan Pari Melaka, dimasak menggunakan induction cooker, menu asam pedas ikan pari yang senang dan mudah dimasak bersama kacang bendi, daun kesum, bunga kantan, Asam Pedas Ikan Pari Che Nom, Asam Pedas Ikan Pari Azie Kitchen
Asam Pedas Ikan Pari

Saya boleh katakan yang hidangan ni sangat senang dan mudah untuk dimasak. Kenapa pula senang dan mudah? sebabnya kalau saya hidangkan sebagai makan tengah hari atau makan malam, saya dah tak perlu tumis sayur lagi kerana ianya sudah dimasak bersama sayur kacang bendi....so disitu ada lauk dan sayur sekali 😉, simple.  Sangat sesuai dengan trend zaman sekarang yang nak cepat, mudah dan sedap jerrr.  So meh lah cuba buat resepi yang sangat sedap dan mudah ni. 


vLog Resipi Cara Masak Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-Bahan:

  • 6 potong Ikan pari
  • Kacang bendi
  • Daun kesum
  • 1 bunga kantan
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 3 sudu makan pati asam jawa
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula
  • ½ cawan minyak masak
  • Air

Bahan Kisar:

  • 1 sudu teh lada hitam segar
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia
  • Kunyit
Bahan-Bahan Resepi Asam Pedas Ikan Pari, bunga kantan, daun kesum, ikan pari, lada hitam, cili kisar, menu yang sangat senang untuk dimasak
Bahan-Bahan Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Cara Memasaknya:

1.  Panaskan minyak.  Setelah itu tumis bahan kisar bersama serai, cili kisar dan sedikit belacan.  Tumis seketika sehingga pecah minyak dan sudah pasti naik bau wangi.

2.  Selepas sudah naik minyak, masukkan ikan pari.  Gaul sambil tambah sedikit air.  Nanti kering dan hangus pula.  Teruskan gaul sehingga bahan tumisan dan ikan pari bercampur dengan sekata atau sehingga pari kelihatan masak.

3.  Tambah air jika nak kuah lebih sebelum nak masukkan bahan seterusnya.  Selepas itu, masukkan bunga kantan dan daun kesum.  Gaul seketika.

4.  Selepas beberapa minit menggaul (lebih kurang 2 minit), barulah masukkan kacang bendi, tomato, air asam jawa, garam dan gula.  Gaul lagi sehingga sekata.

5.  Jika nak boleh tutup seketika (anggaran 5 minit) jangan lama kerana kita nak mengekalkan kesegaran dan kerangupan kacang bendi.  

6.  Ok sekejap sahaja.  Boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas.

Asam Pedas Ikan Pari Dihidangkan Bersama Nasi, Asam Pedas Ikan Pari, Asam Pedas Ikan Pari Melaka, dimasak menggunakan induction cooker, menu asam pedas ikan pari yang senang dan mudah dimasak bersama kacang bendi, daun kesum, bunga kantan,  Asam Pedas Ikan Pari Che Nom, Asam Pedas Ikan Pari Azie Kitchen
Asam Pedas Ikan Pari Dihidangkan Bersama Nasi

Sekian, terima kasih