Kek tapak kuda nutella, kek tapak kuda matcha chrunchy, kek tapak kuda ustaz, kek tapak kuda viral
Kek Tapak Kuda

Pasti ramai yang mencari resepi Kek Tapak Kuda yang viral ni kan?  Nak beli, selalu sold out di kedai-kedai bakery.  Harga pula...confirmlah harga kayangan.  

Kek Viral Asal Mana?

Kek Tapak Kuda yang viral baru-baru ni sebenarnya sudah viral sejak beberapa tahun lalu. Kek ini dikatakan berasal daripada jiran iaitu negara Brunei dan ianya amat popular terutamanya pada hari lebaran atau hari raya.

Kek ini dinamakan kek tapak kuda kerana bentuknya seperti ladam kuda. Teskturnya seakan sama dengan kek swiss roll.  Lazimnya Kek Tapak Kuda ni diintikan dengan coklat Nutella.  Sebab tulah harganya menjadi harga kayangan kot.  Walau bagaimanapun terdapat inti-inti lain yang sesuai atau yang digunakan sebagai inti kek tapak kuda ni seperti yang viral baru-baru ni ialah inti “Matcha crunchy”.


Kek tapak kuda nutella, kek tapak kuda matcha chrunchy, kek tapak kuda ustaz, kek tapak kuda viral
Kek Tapak Kuda

Namun kek tapak kuda yang saya buat ialah mengikut selera anak iaitu coklat spread digabungkan bersama whipping cream.  Jika menggunakan inti ni, tak perlu lagi simpan lama didalam peti sejuk kerana ianya tak meleleh sepertimana inti nutella. Selepas dibuat, boleh terus potong dan hidang. Namun jika gunakan inti nutella, kena simpan terlebih dahulu didalam peti sejuk lebih kurang 2 ke 3 jam atau sehingga coklat nutella sedikit pejal.

Tips Penting ketika membakar Kek Tapak Kuda

Sebelum kita tengok cara buatnya baca dulu tips penting membakar ke ni iaitu setelah masakt terus keluarkan kerana jika ianya terlebih masak (overbake) kek akan pecah ketika digulung. Suhu tu boleh kurangkan bergantung kepada saiz ketuhar sendiri. Oklah terdapat juga tips lain yang akan saya tulis didalam cara penyediaannya nanti. So jom tengok resepi Kek Tapak Kuda Dengan Inti Coklat Mentega Kacang bersama Whipping Cream!!!

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur besar / A
  • 80g salted butter
  • 80g tepung naik sendiri
  • 80g gula kastor
  • 1 sudu makan ovellate
  • 1 sudu teh perasa vanilla
  • 3 sudu makan serbuk koko


Cara Penyediaan:

1. Sediakan loyang 10x10 inci, oleh dengan mentega dan lapik dengan perchment paper.

2. Cairkan mentega dengan cara double boil atau cairkan ke dalam microwave.

3. Panaskan ketuhar pada 160°c.

4. Sediakan bekas pengadun. Masukkan telur, gula kastor, ovallete dan perasa vanilla. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga separuh kembang. Anggaran 1 minit, kemudian berhentikan.

5. Ayak tepung naik sendiri. Kemudian masukkan kedalam adunan telur. Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi gebu, putih dan kembang 3 kali ganda. Anggaran 8 ke 10 minit.

6. Masukkan butter yang telah dicairkan kedalam adunan. Gaul dengan cara kaup balik sehingga sebati.

7. Asingkan 5 sudu makan dan gaul bersama serbuk koko. Kemudian masukkan kedalam paiping bag.

8. Masukkan adunan putih kedalam paiping bag.

9. Paipkan sedikit adunan coklat kedalam loyang. Buat lapisan tipis sahaja kemudian ratakan. Tinggalkan sedikit adunan coklat ni untuk dijadikan lorekkan.

10. Paipkan kesemua adunan putih. Kemudian ratakan menggunakan spatula.

11. Hentak-hentak sedikit loyang untuk mengeluarkan bubble udara yang terperangkap didalam adunan.

12. Buat lorekkan diatas adunan tadi. (mengikut kreativiti sendiri, lorekkan yang hendak dihasilkan).

13. Bakar kek pada suhu yang sama ketika dipanaskan tadi (160°c) selama lebih kurang 18 ke 20 minit. Gunakan api atas bawah.

14. Setelah masak, keluarkan dan buat sedikit hentakkan supaya kek tidak cepat kecut.

15. Sisipkan bahagian tepi loyang supaya kek tidak melekat ketika dikeluarkan dari loyang.

16. Keluarkan kek dari loyang, telengkupkan (terbalikkan), buka parchment paper dan potong kepada 2 bahagian.

17. Letak 1 bahagian diatas wrapping plastik, sapukan inti kemudian gulung bersama wrapping plastik. Gulung separa / separuh. Kemaskan kedua-dua bahagian hujung kek.

18. Potong dan terus hidang atau simpan didalam peti sejuk dalam keadaan belum dipotong.


Selamat mencuba