Pisang Goreng Rangup |
Bahan bahan:
Pisang - hiris nipis 2
2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil garam
250 ml air atau secukupnya
Sedikit pewarna kuning
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara cara:
1. Campurkan semua bahan di atas kecuali pisang dan minyak. Kacau sebati. Adunan mestilah tak cair sangat. Jika kurang air boleh tambahkan. Ketika ni, boleh je colek adunan tepung tu dan rasa jika kurang garam boleh tambah.
2. Setelah minyak panas, celupkan hirisan pisang satu persatu kedalam campuran tepung. Dan goreng satu persatu juga. Balik-balikkan dikuali tu sehingga kuning keemasan. Boleh angkat.
3. Toskan dengan berlapikkan daun kunyit. Bukan apa daun kunyit banyak kat belakang rumah. Lagipula sedap bila dilapik dengan daun kunyit ada aroma gitu. Makan ketika masih panas-panas adalah sangat sedap dan terasa kerangupannya.
Selamat mencuba
0 Comments