Taugeh dicambahkan sama ada daripada kacang hitam atau kacang hijau.  Tapi kebiasaannya taugeh dicambah daripada kacang hitam dengan nama lain iaitu kacang Urad Dhal.  Sayur ni kelebihannya  mengandungi banyak alkali, jadi jika korang rasa badan banyak asid, makanlah selalu taugeh 😂.

Ditumis dengan gabungan 2 bahan utama iaitu taugeh dan tauhu serta diserikan dengan potongan lobak merah.  Tak banyak bahan pun, amat mudah disediakan dan ringkas menyediakannya.  

Jom kita tengok resipi mudah ni,

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk taugeh
  • 1 keping tauhu - dipotong dadu
  • Sedikit lobak merah - dipotong memanjang
  • Sedikit daun bawang - dipotong kecil
  • 1 biji bawang merah besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • Garam dan serbuk perasa (msg)
  • 2 sudu makan minyak untuk menumis
  • 1 sudu teh minyak bijan

Cara-caranya:

1.  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

2.  Tumis bahan hiris iaitu bawang putih dan bawang merah hingga wangi dan kekuningan.

3.  Masukkan lobak bersama sedikit air. Gaul seketika hingga lobak masak.

4.  Masukkan taugeh, tauhu dan daun bawang.   Kemudian masukkan lagi garam dan serbuk perasa.  Gaul sehingga semua rasanya sekata dan masak.  Gaul manja je takut tauhu tu hancur.

5.  Tutup api dan renjis minyak bijan sedia untuk dihidangkan.  Tujuan minyak bijan tu supaya taugeh kekal segar.

Selamat mencuba.