Bahan-Bahannya
  • Ayam separuh (saiz potongan ikut suka)
  • 3 batang kacang buncis (dipotong panjang-panjang)
  • 1 batang lobak kecil (dipotong panjang-panjang)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 ulas bawang merah ros/kecil (dikisar)
  • 1 labu bawang holland (dihiris bulat)
  • 1 biji tomato (dibelah 6)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 4 sudu makan sos cili
  • Garam dan serbuk perasa
  • Minyak masak
  • Sedikit air
  • 2 biji cili besar (dipotong serong - hiasan)
Cara-cara membuatnya :

1.  Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Perap 10 minit kemudian boleh goreng jangan terlalu rangup. Toskan dan ketepikan.

2.  Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga wangi atau sedikit garing.  Kemudian masukkan sos cili, gaul sehingga sebati.  Boleh tambahkan sedikit air lebih kurang 1/2 cawan.  

3.  Selepas lebih kurang 3 minit masukkan pula lobak dan kacang buncis.  Gaul sehingga agak pekat dan boleh masukkan ayam yang telah digoreng tadi.  Masukkan juga tomato dan bawang holland.  Gaul sehingga masak.

4.  Masukkan sedikit garam, serbuk perasa dan lada sulah.  Pastikan rasanya sudah sesuai dan boleh padamkan api.

5.  Hiaslah dengan cili besar dan hidangkan.

Selamat mencuba.