Bahan-Bahannya
  • Ayam separuh (saiz potongan ikut suka) 
  • 2 biji ubi kentang (dihiris tipis)
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 4 Ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 labu bawabg besar (dipotong 6)
  • 2 biji tomato (dihiris bulat)
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit minyak
  • 1/2 cawan air

Cara-cara membuatnya : 
  1. Tepung jagung dibancuh dengan air, garam dan lada sulah.
  2. Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng satu persatu sehingga agak garing dan kekuningan/masak. Angkat dan toskan minyaknya.
  3. Gorengkan juga ubi kentang tadi dan toskan minyaknya.
  4. Untuk membuat kuahnya.
  5. Panaskan minyak....kemudian tumiskan bawang merah hingga garing dan masukkan sedikit air, tomato, bawang besar, gula dan garam.
  6. Apabila sudah agak mendidih, masukkan susu cair.....kacau hingga sebati.
  7. Setelah kuahnya kelihatan likat, padamkan api.
  8. Tuangkan sos/kuah keatas ayam yang telah digoreng tadi.
  9. Bolehlah dihidangkan bersama kentang goreng.

Selamat mencuba

#edakitchen