Bahan-Bahannya :
- Ayam separuh bahagian (saiz dipotong ikut suka)
- 1/2 tin kacang panggang (210 gm)
- 4 sudu besar/makan tepung gandum
- 4 sudu besar/makan oat masak
- 1 labu bawang besar (dipotong 6 bahagian)
- 2 ulas bawang merah.
- 1 ulas bawang putih.
- 2 senduk tomato sos
- 1 gelas air
- Minyak masak secukupnya
- Garam dan gula (penambah rasa)
Cara-caranya :
1. Ayam dicuci dan toskan airnya.
2. Campurkan tepung dengan air, garam dan gula sedikit. Kemudian campur pula dengan oat.
3. Setelah itu goreng dengan api sederhana sehingga masak.
4. Angkat dan toskan minyaknya.
Cara-cara membuat kuahnya :
1. Masukkan sedikit minyak yang digunakan untuk menggoreng tadi kedalam kuali lain.
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris tadi.
3. Setelah garing, masukkan sos tomato, segelas air....gaul.....
4. Gunakan api yang sederhana, masukkan ayam goreng tadi....gaul lagi.....masukkan kacang panggang dan bawang besar.
5. Gaul hingga rata.....sambil masukkan gula dan garam.
6. Pastikan rasanya sudah sesuai dan kepekatan kuahnya sudah menepati citarasa barulah matikan api dan bolehlah dihidangkan.
0 Comments