Assalamualaikum Dan salam sejahtera kepada pembaca blog ini. Dah lama nak share cara masak ikan kari yang tersangatlah senang atau simple ..... orang cakap. Ida juga pasti, mesti ramai yang nak belajar atau tercari cari resipi yang semudah ini kan.

Resipi Ikan Tongkol Masak Kari dengan sayur kacang bendi serta tomato, mudah, simple, resepi


Ok jom kita lihat resipinya.

Bahan-bahan diperlukan untuk Ikan Tongkol masak kari tersangat simple:
  • 2 ekor ikan tongkol (saiz sederhana)
  • 10 biji kacang bendi saiz kecil
  • 1 labu bawang merah besar 
  • 2 siung bawang putih
  • Sebesar ibu jari halia 😳 
  • 1 biji tomato besar
  • 3 sudu makan rempah kari ikan 
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 2 sudu makan minyak
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Serbuk perasa (ajinomoto)

Cara penyediaan bahan dan memasak juga sangat senang:

Step A (Menyediakan Bahan)

1. Kerat Ikan Tongkol kepada 5 atau 6 bahagian....ikut cita rasa sendiri nak besar mana. Selepas tu jangan pula lupa cuci hingga bersih tau.

2. Potong sedikit pangkal dan hujung kacang bendi. Ida memang syorkan kalau nak beli, pilih saiz yang kecil kerana yang kecil biasanya muda tak keras bila di masak. Satu lagi kalau yang dah tua tu, susah nak makan kerana keras dan banyak sabut. 😟

3. Bawang merah, bawang putih dan halia....boleh blend kering kesemua sekali atau tumbuk guna lesung. Nak lagi mudah hiris atau potong dadu kesemuanya. Ha mudah ke tak mudah ? 😄😄

4. Tomato pula senang je....belah 6 je 😍

Ok, sekarang step B (masak)

1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Setelah naik bau atau sedikit garing....bukan rentung tau. Masukkan rempah kari ikan dan tambahkan sedikit air gaul hingga kelihatan seperti paste. Gaul lagi hingga pecah minyak.

3. Bila dah pecah minyak, masukkan ikan tongkol dan gaul sebati dengan paste tersebut. Tidak perlu lama, lebih kurang 2 minit dan memadai.

4. Setelah itu, tambahkan air .....ikut suka banyak mana, nak kuah pekat atau nak cair sedikit. Yang paling penting rasa kari ada dan sedap di tekak masing-masing.

5. Bila dah kelihatan mesra ikan dan kuah karinya, masukkan pula kacang bendi....tak perlu tunggu mendidih ye, masuk je. Kerana kita nak ikan dan kacang bendi masak bersama.😄

6. Bila dah mendidih atau kelihatan rasa-rasanya ikan dah masak 😅 masukkan pula buah tomato dan air asam jawa. Caranya mudah je, cucuk dengan garpu kacang bendi tu, kalau dah lembut, dah masaklah tandanya tu 😍

7. Selepas 5 minit, tambahkan garam dan sebuk perasa. Rasa sekali lagi, Jika dah sedap ditekak dan dihati, oklah tu....padamkan api.

oopppsss....jangan lupa tutup kuali ikan tadi kalau rasanya belum nak hidang, kang lalat datang melawat 😅😅

Ok tipsnya, 
~ Tak perlu pun guna 3 sekawan tu jika tak ada....sedap je 
~ Kari ikan lebih tahan lama jika tak guna santan, tak lemak tak apa, bukan nak makan nasi lemak kan 😆
Selamat mencuba

#edakitchen #ikanmasakkari #ikantongkol #ikanaye