Rendang Asli, masakan tradisi melayu, jamuan hari raya, selera malaysia




Bahan-Bahannya :

  • 500 gm daging
  • 1 cawan santan kelapa (separa pekat)
  • 1 cawan kerisik
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan dikisar :

  • 3 ulas bawang putih
  • 8 Ulas bawang merah 
  • 2 cm halia 
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 20 biji cili padi

Cara-cara membuatnya :

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Setelah panas tumiskan bahan kisar.
  2. Kemudian masukkan daging. Selepas itu, masukkan santan bersama garam dan gula.
  3. Kacau dan biarkan sehingga dagingnya masak empuk. Tambahkan air jika perlu.
  4. Dengan api sederhana masukkan kerisik. Gaul hingga rata dan sebati.
  5. Kecilkan api sebentar dan bolehlah dihidangkan apabila kuahnya sudah mengering.