Ayam masak korma asli, tradisi masakan melayu, masakan kurma asli tradisional.

1. Bahan-Bahannya
  • 1 ekor ayam dipotong 10 Bahagian.
  • 5 biji bunga cengkih.
  • 2 Batang kulit Kayu manis kecil.
  • 5 biji buah pelaga.
  • 2 Ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 sudu besar Gula.
  • 2 biji Limau Nipis.
  • 4 senduk minyak Masak.
  • 1 Sudu Besar Minyak Sapi.
  • Susu cair atau Santan Pekat (400ml / 2 cawan)
  • 4 cawan Air.
  • Garam secukup rasa
2. Bahan Dikisar
  • 8 ulas bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • Sepotong halia (lebih kurang 2.5cm)
3. Bahan Perapan
  • 2 sudu besar Adas Manis.
  • 1/2 cawan (100gm) Serbuk Ketumbar.
  • 2 sudu besar Jintan Putih.
  • 2 sudu besar Kaskas.
  • 1 sudu besar Lada Sulah.



Cara-cara Memasak.
  1.  Bersihkan ayam dan ditoskan airnya.
  2. Tuangkan Susu Cair ke dalam mangkuk dan perahkan limau nipis kacau sehingga sebati.
  3. Campurkan bahan dikisar dan bahan perapan dan gaulkan ayam dengan bahan tadi dan balik-balikan sehingga rata dan biarkan selama 10 minit.
  4. Panaskan minyak masak dalam kuali.
  5. Masukan buah Pelaga, Cengkih, dan kulit kayu manis sehingga naik bau
  6. Tumiskan bawang merah yang dihiris sebentar, dan masukkan ayam yang telah diperap kedalam minyak dan balik-balikan sehingga keluar minyak.
  7. Masukan Susu Cair/Santan dan gaul rata.
  8. Masukan garam dan gula, kemudian masukan 4 cawan air dan biarkan sehingga masak (lebih kurang 15 minit)
  9. Siap dan Hidangkan