Resipi ikan Selar Goreng Masak Tauchu,

Bahan-Bahannya :
  • 3 ekor Ikan Selar ....nak lebih pun tak apa
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang merah sederhana saiz (dihiris)
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 senduk tauchu
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Bahan hiasan :
  • 2 biji cili besar (dipotong serong)
  • Sedikit potongan daun bawang dan daun sup

Cara-cara membuatnya :

1.  Setelah dibersihkan dan ditoskan airnya, ikan selar dikelar-kelar.

2.  Gaul ikan dengan sedikit garam, kunyit dan perap selama 10 minit.

3.  Selepas itu, goreng ikan tersebut sehingga garing dan toskan minyaknya.

4.  Dikuali berasingan, ambil 2 sudu teh minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan tadi, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.

5.  Selepas itu, masukkan kicap manis, sos tomato, tauchu dan air asam jawa. Gaul hingga sebati.

6.  Masukkan pula garam dan gula untuk sesuaikan rasanya.

7.  Akhir sekali, masukkan ikan selar tadi. Gaul hingga rata lagi.  Angkat dan hiaskan dengan cili besar dan daun bawang. 
 
Bolehlah dihidangkan....