https://idanursuri.blogspot.com/2016/11/resepi-tart-nenas-gulung.html, kuih muih melayu, malaysia food, kuih raya

Bahan-bahan: 

250 gm mentega
300 gm tepung gandum
50 gm gula kaster
40 gm tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla

Jem nenas secukupnya
(1 kg jem nenas cukup untuk buat 2 adunan di atas, bergantung kepada kebesaran gentelan)

1 kuning telur, 1 sb susu dan setitik pewarna kuning telur - dikacau sebati untuk sapuan

Cara-cara membuatnya :


1.  Pukul butter dan gula hingga berkrim, Masukkan kuning telur, esen vanila, pukul sebati.

2.  Masukkan campuran tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg lembut. Gaul menggunakan tangan dan sehingga doh tidak melekat di mangkuk.  Doh tak boleh terlalu keras sebab bila nak picit dalam acuan semperit atau nastar atau sewaktu nak gulung, doh akan pecah.

3.  Menggunakan acuan semperit atau nastar, picitkan doh ke atas papan alas dgn bahagian belang2 mengadap ke bawah. 

4.  Letakkan jem nenas yg telah dibulat-bulatkan bujur sedikit di hujung doh.  Gulung secara kemas dan pastikan tidak longgar. Jika menggunakan acuan nastar, doh adalah agak tebal, maka gulung hingga doh bertemu sahaja (tidak bertindan).

5.  Sapukan kuning telur yg dicampur dgn sedikit susu dan pewarna kuning ke atas tart yg telah siap digulung.

6.  Bakar selama lebihkurang 15 minit dgn suhu 170 celcius.