Assalamualaikum dan salam sejahtera... Semua makanan berasaskan jagung memang sedap. Selalu beli puding kastard jagung ni ada yang tak berapa sedap, terlalu lembik dan terlalu manis. Ada yang cuma letak perisa jagung tapi tak ada jagung pun. Tapi Bila buat sendiri memang puas hati, sedap dan boleh makan sepuas hati.
Ok jom kita tengok resepi puding kastard jagung yang super creamy ni.
Bahan-bahan:
1 cawan Tepung Kastard
1/2 cawan Gula
1 1/2 cawan Jagung Manis krim
1 cawan Susu Cair/santan
3 cawan Air
Cara-cara:
~Campurkan semua bahan di dalam periuk. Kacau sebati. (tak perlu pasang api dapur).
~Bila semua bahan dah sebati, baru pasangkan api. Masak puding dengan api perlahan. Sentiasa kacau sehingga pekat dan berkilat.
~Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.
Dah siap. Senang sangat. Tak sampai 10 minit pun sudah siap. Biarkan sejuk sehingga ianya sudah kenyal @ padat. Puding kastard ni sedap dimakan semasa sejuk.
Tips Buat Puding Jagung Kastard Kuning Berkilat
# Kalau nak puding lebih berkilat, letak sedikit 1 sudu tepung jagung, tapi kena lebihkan air sikit sebab tepung jagung memekatkan bahan-bahan adunan tadi.
# Daripada pengalaman sendiri, jika nak puding kastard ni berkilat hendaklah menggunakan santan cair sepenuhnya.
# Ada sesetengah orang buat puding tu terlembik sebab terlebih air. Ada kala keras sangat sebab kurang air. Jadi, ikut ukuran air guna tin susu sejat tersebut. Contohnya, kalau 1 tin susu sejat, air pun 1 tin juga.
Semoga bermanfaat. Terutamanya kepada yang baru berjinak-jinak dengan dapur atau yang baru bergelar isteri.
0 Comments