Sebenarnya saya kerap kecewa bila membuat kuih lapis. Ini adalah kerana ianya tak pernah nak menjadi dengan elok seperti yang diharapkan tetapi lain pula kali ini. Ha ni bukannya first time Ida buat tau...dah banyak kali try akhirnya menjadi jua happy sangat bila kejadiannya memang memuaskan hati saya. Sejuk mata memandang bila tengok cantik-cantik lapisan merah putih kuih lapis ini yang bukan sahaja cantik tetapi sangatlah sedap. Ianya boleh dimakan selapis demi selapis...itu yang bestnya.
Jom tengok resepinya....
Bahan-bahan:
Cara buat kuih lapis:
1. Masukkan 3 cawan air, santan, gula dan garam ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
2. Kemudian masukkan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum. Gaul lagi sehingga tiada ketulan tepung.
3. Selepas itu, tapis adunan. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian.
4. Bahagian 1 campur dengan sirap ros dan 1 bahagian lagi tidak perlu letak apa-apa perasa atau pewarna.
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 kotak santan /200ml
- 3 cawan air
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh sirap perisa ros
vLog Cara buat kuih lapis Rose step by step.
Cara buat kuih lapis:
1. Masukkan 3 cawan air, santan, gula dan garam ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
2. Kemudian masukkan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum. Gaul lagi sehingga tiada ketulan tepung.
3. Selepas itu, tapis adunan. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian.
4. Bahagian 1 campur dengan sirap ros dan 1 bahagian lagi tidak perlu letak apa-apa perasa atau pewarna.
5. Oleskan tray/loyang dengan sedikit minyak. Kemudian panaskan bersama kukusan sehingga mendidih.
6. Selepas itu (menggunakan senduk sup), sendukkan 3 senduk kedalam loyang. Kukus selama 8 minit. Boleh mula dari warna apa-apa pun....putih atau pink.
6. Kemudian diikuti dengan lapisan ke 2 dengan 2 senduk sup sehinggalah lapisan yang seterusnya. Kukus selama 8 minit lagi.
7. Ulangi proses yang sama dengan masa (minit) yang sama hingga selesai. Adunan ini boleh dapat sehingga 8 lapisan.
8. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 15 ~ 20 minit. Untuk mempastikan ianya sudah betul-betul masak.
9. Sesudah masak, jangan tutup api/gas sebaliknya terus mengukus dengan membuka penutup kukusan. Biarkan sehingga 5 minit. Tujuannya adalah untuk mengeringkan cecair / lembapan yang ada dipermukaan kuih lapis.
10. Angkat dan sejukkan sebelum keluarkan dari acuannya.
Selamat mencuba
10. Angkat dan sejukkan sebelum keluarkan dari acuannya.
Tips: Pertanyaan orang yang saya selalu dapat....kenapa kuih lapis saya merekah setelah masak? Jawapannya adalah kerana ada diantara lapisan yang tidak masak dengan baik. Jadi pastikan setiap lapisan sudah masak dengan sepenuhnya barulah tuang lapisan yang seterusnya.
Selamat mencuba
0 Comments