Bahan untuk inti kelapa:
- 1/2 biji kelapa putih
- 10 sudu besar gula merah
- 7 sudu gula pasir
- 1 helai daun pandan
Bahan untuk kulit:.
- 21/2 cawan tepung pulut
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- bijan secukupnya (salut bahagian luar)
Cara-cara untuk inti :
1. Masukkan 1/2 cawan air kedalam kuali bersama gula pasir, gula merah dan daun pandan
*(masak sampai mendidih)
2. Masukkan kelapa dan gula pasir,biarkan mendidih dan kacau hingga kering.
3. Sejukkan inti sebelum digunakan.
Cara-cara untuk kulit :
1. Campur tepung gandum dan tepung pulut
*(gaul dengan tangan kering utk sebatikan tepung)
2. Kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga adunan jadi keras
3. Kemudian ambil adunan yang dah siap diuli tadi dan bulat2kan...dan masukkan inti kelapa kedalamnya..
4. Kemudian golekkan diatas bijan.
5. Goreng kuih bom dengan api sederhana selama 5 minit atau sehingga kekuningan dan bolehlah diangkat lalu toskan.
6. Tunggu sehingga sejuk barulah di makan.
Tips:
~ Seeloknya selepas disalut dengan bijan, hendaklah biarkan (tidak goreng) ia di atas talam sehingga 4 ke 6 jam dengan kata yang lebih mudah "peram". Ini adalah tips untuk mengelak kuih bom tersebut meletop ketika di goreng.
SELAMAT MENCUBA
0 Comments