Sebenarnya dapat ilham buat resepi Sayur Bayam Goreng dicampur Udang ni adalah daripada instagram Fasha Sanda yang secara kebetulan lalu kat wall instagram Ida pada masa tu.  Memang cadang nak masak sayur bayam tapi tak ada idea sangat.  So nilah hasilnya sayur bayam goreng bersama udang.  Sedap sesangat.  

Sebenarnya sayur bayam ni sangat berkhasiat dan baik untuk mereka yang kurang darah kerana sayur ni dipenuhi oleh zat besi yang tinggi tapi kurang digalakkan untuk mereka yang ada darah tinggi.  Seperti dalam resepi Fasha juga, Ida gunakan udang segar kalau tak ada boleh juga gantikan dengan ikan bilis atau udang kering.  Ida selalu je gunakan ikan bilis atau udang kering kerana nak selalu udang segar mahal pula kan.  


Bahan-Bahan:

  • 1 ikat sayur Bayam Hijau
  • 8 ekor udang - dibuang kepala
  • 1 batang lobak - saiznya besar atau kecil boleh je
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh ajinomoto
  • Minyak
  • Air

Cara Penyediaan:

1.  Sayur bayam dipotong atau dikerat.  Terpulanglah kepada anda saiz potongan tu dan lobak pula dihiris tipis.  Kemudian cuci kedua-dua sayur secara berasingan.  

2.   Panaskan minyak dikuali.  Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau wangi bawang.

3.  Masukkan udang, gaul sehingga udang masak.  Selepas itu, masukkan lobak.  Gaul lebih kurang 1 minit kemudian masukkan sayur bayam.  Gaul lagi sehingga semua bahan bercampur mesra.  Campur dengan 1 cawan air.

4.  Masukkan garam dan serbuk ajinomoto.  Gaul sekata selepas itu boleh tutup api.  Siap untuk dihidang.   


Sangat sedap dimakan bersama nasi panas 👍👍

Selamat mencuba.

#edakitchen #resepisayurbayam