Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 1/4 cawan air
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 peket kecil mauripan + 1/2 cawan air suam
1/2 sudu teh garam
Kelapa parut putih + 1Secubit garam
Cara-caranya :
🥮 Nasi, air dan gula blender bersama.
🥮 Larutkan mauripan/yis didalam cawan berisi 1/2 cawan air Dan selama 5 minit
🥮 Tuang bahan blender bersama yis yang telah kembang tadi kedalam tepung beras dan tepung gandum. Gaul sebatikan atau nak masuk semua bahan kedalam blender pun boleh.
🥮 Bahagikan kepada beberapa warna yang disukai atau biarkan putih sahaja pun ok.
🥮 Kemudian perap 1 - 2 jam....tutup adunan dengan kain supaya tiada binatang yang hinggap dan yang penting untuk mengelak permukaan adunan mengering selama tempoh proses pengembangannya.
🥮 Selepas kembang, tuang/cedokkan kedalam acuan lompang yg di sapu sedikit minyak
🥮 Kukus 15 minit..
🥮 Siap 😊..boleh makan kuih apam bersama kelapa parut putih yang telah digaul dengan secubit garam.
Selamat mencuba....🌼🌼🌼
0 Comments